- Lain-lain
Perlawanan Bola Sepak Kukuh Persahabatan China, Vietnam
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Februari 2023
![]() |
Satu perlawanan persahabatan bola sepak antara China dan Vietnam diadakan di bandar Dongxing, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, China pada 5 Februari. (foto: China Daily) |
Satu perlawanan persahabatan bola sepak antara China dan Vietnam diadakan di bandar Dongxing, wilayah autonomi Zhuang Guangxi pada 5 Februari, untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat serta mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.
Satu tradisi bagi dua negara jiran sejak 1993, perlawanan ini diadakan pada setiap pesta Chap Goh Mei, tetapi ditangguhkan pada 2020 kerana wabak COVID-19.
Selepas 90 minit, pasukan Dongxing China menang dengan keputusan 3-0. Walau bagaimanapun, tujuan perlawanan adalah untuk mendalamkan persahabatan dan bukannya persaingan. Sesudah bermain, pasukan Mong Cai Vietnam bertepuk ria dengan pasukan China.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ©2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang