Undang-Undang Perlindungan Sungai Kuning Berkuat Kuasa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 03 April 2023
Undang-Undang Perlindungan Sungai Kuning Berkuat Kuasa
Pemandangan matahari terbenam di lembangan Sungai Kuning di provinsi Gansu pada 31 Mac. (foto: Ma Xiping/Xinhua)

Undang-Undang Perlindungan Sungai Kuning Republik Rakyat China berkuat kuasa sejak 1 April, menjadikannya peruntukan seumpama yang kedua di negara ini menyasarkan lembangan sungai. Undang-undang tersebut diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan pada 30 Oktober 2022. Sebelum ini, undang-undang lembangan sungai pertama China, iaitu Undang-undang Perlindungan Sungai Yangtze telah berkuat kuasa sejak 1 Mac 2021.

Undang-undang Perlindungan Sungai Kuning kali ini mempunyai 11 bab dan 122 artikel.

Masalah perlindungan Sungai Kuning telah wujud sekian lama. Purata sumber air tahunannya adalah 7% kurang berbanding dengan Sungai Yangtze. Masalah keadaan ekologi dan pencemaran alam sekitar juga serius, kualiti air secara amnya gagal mencapai purata kualiti air negara China.

Oleh itu, Undang-undang Perlindungan Sungai Kuning kali ini menjelaskan bahawa negara akan mengukuhkan perlindungan dan pemulihan ekologi lembangan Sungai Kuning, dan melaksanakan tadbir urus sistematik yang menggabungkan pemulihan semula jadi dan pemulihan buatan. Pada masa sama, negara juga akan menetapkan kawalan pencemaran secara sistematik dan menyeluruh.

Xiong Zhanglin, professor di Pusat Pengajian Undang-undang Universiti Dongnan percaya bahawa pengisytiharan dan pelaksanaan undang-undang kali ini merupakan satu lagi langkah penting untuk mencapai “strategi sungai” kebangsaan. Ia amat penting untuk melindungi persekitaran Sungai Kuning, menggalakkan penggunaan intensif sumber air dan seiringan merealisasikan harmoni antara alam sekitar dan manusia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan