China Raih Dua Pingat Emas dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia

(CRI)Isnin 19 Jun 2023

Kejohanan badminton terbuka Indonesia berakhir pada Ahad lalu. Pasukan China meraih dua pingat emas masing-masing dalam acara beregu campuran dan perseorangan wanita.

Dalam pertandingan akhir acara beregu campuran, pemain China Zheng Siwei dan Huang Yaqiong menewaskan pemain dari Jepun, Higashino Arisa dan Watanabe Yuta dengan 2-0.

Manakala, Chen Yufei menewaskan pesaingnya dari Sepanyol Carolina Marin dengan 2-0 dan menjadi johan acara perseorangan wanita.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan