Jangan Hantar Isyarat Salah kepada Pemisah ‘Kemerdekaan Taiwan’

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

Washington digesa agar mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-Amerika Syarikat (AS) serta mengelak daripada menghantar isyarat salah kepada pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’.

Pendirian Beijing itu dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan kunjungan ahli Kongres AS ke Taiwan.

Terdahulu, Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS Vedant Patel, berkata lawatan berkenaan tidak bermakna Washington mengubah dasarnya terhadap Taiwan.

Patel mendakwa ia bukan perjalanan oleh agensi kerajaan dan AS tiada niat untuk mencetuskan ketegangan atau mengubah status quo.

Untuk itu, Mao membalas dengan mengatakan hanya ada satu China di dunia dan Taiwan sebahagian wilayah China.

“Kami (China) tegas menentang apa jua bentuk interaksi rasmi antara AS dengan pihak berkuasa Taiwan.

“Semua badan kerajaan AS, termasuk pentadbiran, perundangan dan kehakiman perlu bertindak selaras dengan dasar luar sepertimana yang dijanjikan Washington,” kata Mao semasa taklimat harian di Beijing, Khamis.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan