Keputusan Timbang Tara Mengenai Laut China Selatan Tidak Sah

(CRI)Khamis 13 Julai 2023

Apa yang disebut keputusan timbang tara mengenai Laut China Selatan adalah tidak sah dan bercanggahan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) serta beberapa undang-undang antarabangsa lain.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengatakan demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) tentang apa yang disebut keputusan timbang tara mengenai Laut China Selatan, dalam sidang media pada Rabu.

Wang menegaskan bahawa China tidak menerima dan tidak mengakui keputusan haram itu, sebagai memelihara maruah dan integriti UNCLOS.

AS membangkitkan keputusan haram itu ketika ulang tahunnya setiap tahun, hendak memaksa China menerima keputusan haram itu. China membantah keras tindakan sedemikian.

Wang menegaskan, dengan usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan stabil pada keseluruhannya. China akan terus bersama-sama ASEAN memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan, dan mendorong kemakmuran dan pembangunan serantau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan