- Lain-lain
Kira-kira Separuh Penduduk Sudan Memerlukan Bantuan Kemanusiaan
Konflik bersenjata pusingan baharu di Sudan sudah berlarutan selama tiga bulan lebih sejak tercetusnya pada 15 April lalu, mengakibatkan penduduk tempatan berada dalam keadaan sukar seperti kekurangan bahan makanan, bekalan air dan elektrik terputus dan kekurangan ubat-ubatan.
Seorang pegawai dari Program Makanan Sedunia (WFP) yang bertanggungjawab bagi projek Sudan ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) pada Ahad lalu menyatakan bahawa terdapat kira-kira separuh penduduk Sudan yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Pegawai itu menyatakan bahawa pihaknya memberikan perhatian besar terhadap situasi di Sudan terutamanya di kawasan Darfur yang tiada akses untuk menerima bantuan kemanusiaan.
Beliau menyeru pihak-pihak berkonflik menyediakan laluan selamat dan bertindak memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan supaya barangan bantuan dapat diagihkan kepada mereka yang paling memerlukan.
- Pertempuran Semakin Parah di Sudan
- Wakil China Jelaskan Pendirian Mengenai Isu Sudan
- Sekurang-kurangnya 3,000 Maut Konflik di Sudan
- China Gesa Pihak Berkonflik Sudan Berunding
- Angkatan Tentera Sudan Umum Patuhi Perjanjian Gencatan Senjata
- Pertempuran di Sudan, 551 Terbunuh
- Rundingan Damai Sudan Peringkat Awal Diadakan di Jeddah
- Setiausaha Agung PBB Gesa Pelbagai Pihak Sudan Wujudkan Gencata Senjata
- China Seru Wujud Gencatan Senjata di Sudan
- WHO: Angka Kematian di Sudan Meningkat kepada 420