Ekopelancongan Jadi Industri Tunjang Kampung di Nyingchi, Tibet (6)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 27 Julai 2023
Ekopelancongan Jadi Industri Tunjang Kampung di Nyingchi, Tibet
Foto udara yang diambil pada 20 Julai 2023 ini menunjukkan pemandangan kampung Gaiba, kaunti Gongbo'Gyamda, bandar Nyingchi, wilayah autonomi Tibet. (Xinhua/Sun Fei)

Kampung Gaiba terletak berhampiran Basomtso, sebuah tarikan pelancongan peringkat 5A kebangsaan di negara China. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, penduduk di sini bergantung pada kegiatan pembalakan sebagai mata pencarian mereka. Berkat usaha kerajaan tempatan untuk melindungi persekitaran ekologi, stesen-stesen pencegahan kebakaran hutan telah dibina di tapak-tapak yang dulunya kawasan pembalakan. Pokok juga telah ditanam semula di tanah-tanah kosong di sepanjang laluan lebuh raya.

Pada masa ini, pelancongan telah menjadi industri tunjang bagi kampung Gaiba. Terdapat 48 buah inap desa serta hotel milik keluarga yang diusahakan di kampung ini, dan pendapatan pelancongan yang dijana pada separuh pertama 2023 dianggarkan mencecah 2.5 juta yuan, atau kira-kira 1.6 juta ringgit.

Berita Berkaitan