Sukarelawan Universiade Pakai Teknologi Baharu Sejukkan Badan (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 01 Ogos 2023
Sukarelawan Universiade Pakai Teknologi Baharu Sejukkan Badan

Universiade ke-31 berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos di Chengdu, Sichuan. Para sukarelawan diberikan vest penyejuk yang memakai teknologi baharu.

Ia diperbuat daripada PCM, sejenis bahan suhu malar baharu, yang dapat menyesuaikan suhu dengan menyerap atau melepaskan haba hinggalah mengekalkan suhu vest pada 18℃, 23℃ atau 28℃, umpama alat pendingin mudah alih. Apabila hendak dipakai, cukuplah dengan meletakkan inti dalamnya (inner core) ke peti ais satu jam lebih awal, dan ia boleh dipakai selama dua jam di tempat luar yang suhunya lebih 30℃.

Berita Berkaitan