Seorang Warga China Maut Kes Tembakan di Thailand

(CRI)Khamis 05 Oktober 2023

Menurut Kedutaan China di Thailand, kejadian tembakan yang berlaku di Pusat Beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand mengakibatkan seorang warga China maut dan seorang lagi warga China cedera, pada Selasa.

Kedutaan China di Thailand segera mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan, berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Thailand, dan segera menghantar pegawai ke tempat kejadian. Mangsa cedera itu kini berada dalam keadaan stabil.

Selepas insiden tragis itu berlaku, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkejar ke hospital untuk mengunjungi mangsa cedera China.

Dalam pada itu, Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida menyatakan akan berusaha sedaya upaya untuk merawat mangsa cedera.

Video

Berita Berkaitan