- Lain-lain
AS Didesak Henti Campur Tangan Isu Taiwan
Menurut laporan berkenaan, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sudah meluluskan "Rang Undang-Undang (RUU) Non Diskriminasi Taiwan" baru-baru ini, dan RUU yang sudah dijadikan akta itu menuntut Setiausaha Perbendaharaan negara itu berdasarkan pengaruhnya dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyokong Taiwan menganggotai pertubuhan itu.
Apa yang disebut akta AS itu dianggap mencampur tangan dalam urusan dalaman China, dan bermain manipulasi politik melalui isu Taiwan untuk mereka-reka konsep "dua China" atau “satu China, satu Taiwan". China sudah mengemukakan bantahan sekeras-kerasnya kepada pihak AS.
Demikian dikatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam ketika diminta mengulas perbuatan AS itu.
Menurut Mao, Taiwan tidak mempunyai apa-apa pun rujukan, alasan atau hak untuk menganggotai pertubuhan antarabangsa yang hanya boleh dianggotai suatu negara yang berdaulat seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Wakil dari kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya wakil yang sah yang boleh mewakili China dalam PBB. Keputusan ini termaktub dalam Resolusi No.2758 yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung PBB ke-26 pada 25 Oktober 1971.
Mao menegaskan bahawa AS perlu menginsafi isu Taiwan yang sangat sensitif, segera menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman China melalui memperalatkan isu Taiwan, dan berhenti menghantar isyarat yang salah kepada kuasa pembelot "kemerdekaan Taiwan" yang dipercayai boleh menjadikan hubungan kedua-dua negara China-AS, keamanan serta kestabilan Selat Taiwan terjejas.
- Nauru Tamatkan “Hubungan Diplomatik” dengan Taiwan
- Pendirian China Konsisten Isu Taiwan, Penyatuan Semula Tanah Air
- China Sanggah Kenyataan AS Berhubung Pilihan Raya di Taiwan
- China Kena Sekatan Terhadap Lima Syarikat Industri Ketenteraan AS
- AS Didesak Hentikan Manipulasi dan Intervensi terhadap Isu Taiwan
- AS Didesak Jangan Cakap Kosong dalam Isu Tidak Sokong 'Kemerdekaan Taiwan'
- China Kendalikan Pesawat Tentera AS di Selat Taiwan
- China Bantah Dakwaan Tanpa Alasan yang Dilontarkan AS
- China Sangkal AS Salur Bantuan Ketenteraan kepada Taiwan
- 'Kekang China dengan Isu Taiwan' Nescaya Gagal