China Kendalikan Pesawat Tentera AS di Selat Taiwan

(CRI)Jumaat 13 Oktober 2023

Komando Timur Tentara Pembebasan Rakyat China (PLA) menghantar jet pejuang untuk mengekori dan memantau pesawat peronda dan pengintip P-8A tentera Amerika Syarikat (AS) yang melintasi Selat Taiwan pada Khamis.

Jurucakap Komando Timur PLA, Kolonel Shi Yi menyatakan, respons pihaknya itu adalah mengikut undang-undang dan peraturan negara ini.

Beliau menegaskan, pasukan PLA "berada dalam kewaspadaan tinggi pada bila-bila masa untuk mempertahankan kedaulatan negara serta keamanan dan kestabilan serantau".

Video

Berita Berkaitan