- Lain-lain
Pihak Berkuasa Taiwan Dikutuk Keras Usir Bot Nelayan Fujian
Pihak berkuasa Taiwan dikutuk sekeras-kerasnya susulan tindakannya mengusir sebuah bot nelayan dari provinsi Fujian yang mengakibatkan dua maut.
Pada petang Rabu, bot terbabit diusir secara paksa oleh pihak berkuasa Taiwan di perairan berhampiran Kinmen, menyebabkan kesemua empat orang terjatuh ke dalam laut dan dua daripadanya terkorban.
Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Zhu Fenglian menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa serta keluarga mereka.
Beliau berkata insiden yang berlaku semasa sambutan Tahun Baharu Cina, melukai perasaan saudara setanah air di kedua-dua belah Selat Taiwan.
Sejak sekian lama, Tanah Besar melipatgandakan usaha untuk memastikan kelancaran operasi nelayan dari kedua-dua belah Selat, khususnya kemudahan disediakan di banyak kawasan pesisir pantai bagi memberi bantuan seperti tempat perlindungan, bekalan, tindak balas kecemasan serta menyelamat kepada nelayan Taiwan.
Sebaliknya, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) menahan bot nelayan dari Tanah Besar atas pelbagai dalih dan memperlakukan nelayan berkenaan dengan cara kasar dan berbahaya, kata Zhu sambil menambah bahawa ia merupakan penyebab utama berlakunya insiden seumpama.
Taiwan dituntut menyiasat insiden itu serta-merta dan membantu keluarga mangsa mengendalikan urusan susulan.
Beliau turut memberi amaran kepada pihak berkuasa Taiwan supaya menghormati fakta sejarah bahawa nelayan kedua-dua belah Selat melakukan operasi di kawasan penangkapan ikan tradisional di Selat Taiwan, di samping menegaskan perlunya keselamatan nelayan Tanah Besar dijamin serta mengelak insiden serupa daripada berulang.
Jalan-jalan Bandar: Terokai Kehidupan di Bandar Pantai Xiamen
Bas Tenaga Baharu China Beroperasi di Garisan Artik
Selami Perjalanan Bunyi di Quanzhou Selami Perjalanan Bunyi di Quanzhou
Kaunti Cao, Pengeluar Hanfu Terbesar di China
Pengendalian Muatan di Pelabuhan Horgos Xinjiang Catat Rekod pada 2023
- PLA Waspada Kapal Pemusnah AS Belayar di Selat Taiwan
- Pendirian Marcos Junjung Prinsip Satu China Dihargai
- China Bertindak Balas Terhadap Sebarang Provokasi dalam isu Taiwan
- "Satu China" Bukan Prinsip yang Boleh Diperdagangkan
- China Membantah Keras Ucapan Presiden Filipina Berkaitan Taiwan
- AS Didesak Henti Campur Tangan Isu Taiwan
- Nauru Tamatkan “Hubungan Diplomatik” dengan Taiwan
- Pendirian China Konsisten Isu Taiwan, Penyatuan Semula Tanah Air
- China Sanggah Kenyataan AS Berhubung Pilihan Raya di Taiwan
- China Kena Sekatan Terhadap Lima Syarikat Industri Ketenteraan AS