Tianjin Sambut Buah Nangka dari Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 Ogos 2024

Kumpulan pertama buah nangka import dari Malaysia tahun ini tiba di Tianjin, utara China, pada Rabu dan turut dipamerkan pada Pesta Buah-buahan Malaysia 2024 yang sedang berlangsung di bandar yang sama.

Difahamkan, kumpulan itu adalah nangka madu J33, dihantar dari Pelabuhan Klang dan menjalani pelepasan kastam di Tianjin. Pengimport turut memaklumkan, syarikatnya akan menerima kumpulan pertama durian segar yang diimport dari Malaysia pada hujung bulan ini.

Video

Berita Berkaitan