Xizang Labur Besar-besaran untuk Pembangunan Pelancongan Kebudayaan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 23 Oktober 2024

Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China telah membelanjakan sebanyak RMB20.16 bilion (AS$2.83 bilion) untuk tujuan infrastruktur pelancongan kebudayaan, fasiliti pemuliharaan taman negara, serta pemeliharaan dan penambahbaikan bandar bersejarahnya, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

Menurut pengarah suruhanjaya pembangunan dan pembaharuan wilayah iaitu Weiqiang, daripada jumlah itu, sebanyak RMB1.97 bilion telah dibelanjakan untuk projek-projek pembinaan pembinaan termasuk planetarium wilayah, muzium seni, serta pusat kebudayaan, radio, televisyen dan seni.

Tambah beliau, projek-projek tersebut telah mempamerkan pencapaian pelancongan budaya Xizang dan menjadi enjin baharu untuk menggalakkan pembangunan industri pelancongan budaya wilayah itu.

Memetik data dari Januari hingga September tahun ini, Xizang menerima lebih 57 juta pelancong domestik dan antarabangsa, meningkat 15 peratus tahun ke tahun. Jumlah perbelanjaan pelancongan di wilayah itu juga berjaya melepasi angka RMB67 bilion, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 13 peratus.

Video

Berita Berkaitan