- Lain-lain
China, Jepun Setuju Tingkatkan Kerjasama Maritim
China dan Jepun senada mengendalikan percanggahan pendapat dengan baik dan memperdalam kerjasama pragmatik semasa perundingan pusingan ke-17 di bawah Mekanisme Perundingan Peringkat Tinggi mengenai Hal Ehwal Maritim di Tokyo pada Rabu.
Dalam mesyuarat itu, China menghuraikan pendiriannya mengenai isu-isu berkaitan Laut China Timur, Pulau Diaoyu, Laut China Selatan, Selat Taiwan serta keselamatan maritim dan ruang udara.
Beijing menggesa Tokyo supaya menghormati kedaulatan wilayah dan kebimbangan keselamatan China, menghentikan kenyataan atau perbuatan negatif dalam isu maritim serta mengambil tindakan praktikal ke arah menambah baik hubungan dua hala.
Kedua-dua pihak sepakat mengekalkan komunikasi rapat mengenai hal ehwal maritim dan komited untuk menjadikan Laut China Timur sebagai lautan keamanan, kerjasama dan persahabatan serta menggerakkan pembinaan hubungan China-Jepun yang konstruktif, stabil dan memenuhi keperluan era baharu.
- Pembangunan China, Jepun Bukan Cabaran Sebaliknya Peluang - PM Li
- Menteri Luar China, Jepun Bincangkan Hubungan Dua Hala
- Xi Ucap Tahniah kepada PM Baharu Jepun
- Menteri Luar China, Jepun Bertemu
- Xi Bertemu dengan PM Jepun
- Presiden Xi Jinping Bakal Bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida
- China, Jepun Ikrar Baik Pulih Hubungan
- China, Jepun Bersedia Galakkan Perkembangan Hubungan Bilateral
- Bina Hubungan China-Jepun yang Membina dan Mantap
- Majlis Anugerah Pertandingan Fotografi “China di Mata Orang Jepun” ke-3 Diadakan di Tokyo