'Pavilion China' Dilancar di Baku Sempena COP29

(CRI)Selasa 12 November 2024

Sesi ke-29 Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) atau COP29 membuka tirai di Baku, Azerbaijan pada Isnin.

Utusan khas China mengenai perubahan iklim, Liu Zhenmin memperincikan butiran pencapaian negara Tembok Besar dalam tadbir urus hijau pada mesyuarat sampingan yang menandakan pelancaran 'Pavilion China' sempena COP29.

Liu berkata China mencatatkan penurunan intensiti pelepasan karbon dioksida sebanyak 35 peratus sejak 2012.

Menjelang hujung Jun 2024, kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui (TBB) China mencapai 1.653 bilion kilowatt, lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kapasiti terpasang penjanaan kuasa elektrik.

Menurut beliau, jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan China menduduki tempat teratas di dunia selama sembilan tahun berturut-turut, menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan dunia.

Duta China itu turut menambah, setakat akhir Jun 2024, China menandatangani 52 dokumen kerjasama Selatan-Selatan mengenai perubahan iklim dengan 42 negara membangun.

Video

Berita Berkaitan