- Lain-lain
Rakyat Peru Teruja Tunggu Kehadiran Xi
Keterujaan jelas terpapar pada wajah penduduk di Peru dari segenap lapisan untuk menerima kunjungan Presiden China, Xi Jinping, dengan harapan agar kerjasama praktikal kedua-dua negara dapat dipupuk dalam pelbagai bidang, serta membawa manfaat kepada semua rakyat.
Xi yang berlepas dari Beijing pada Rabu akan menyertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang ke-31 di Lima, ibu negara Peru, dan seterusnya mengadakan lawatan kerja di negara Amerika Latin itu.
Untuk rekod, Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra telah menjemput Xi ke Peru pada tahun lepas ketika mereka bertemu di San Francisco, dan ini merupakan lawatan kedua Presiden China itu ke Peru selepas 2016.
Dalam wawancara bersama agensi berita Xinhua, Menteri Pengangkutan Peru, Raul Perez-Reyes yang mengiringi Presidennya ke China pada Jun menyifatkan perjumpaan kali ketiga kedua-dua ketua negara dalam tempoh 12 bulan sebagai mencerminkan taraf tinggi hubungan China-Peru.
Beliau turut menzahirkan harapan agar lawatan Xi akan membawa momentum baharu terhadap kerjasama kedua-dua negara, termasuk dalam bidang infrastruktur, teknologi dan komunikasi, serta mumupuk pembangunan bersama yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.
Bekas penuntut budang perubatan tradisional China pada tahun 80-an, Orlando Leiva Meza berkata dia dia telah menyaksikan sendiri perasaan kasih sayang yang mendalam rakyat China terhadap Peru, yang turut dibalas baik oleh Peru.
Dia yang juga anggota Institut Kebudayaan China-Peru menyatakan bahawa kunjungan Xi ke Peru adalah satu ‘undi percaya’ terhadap Peru, sekali gus memperkuat hubungan Peru-China dalam semua bidang, khususnya dari segi pertukaran budaya.
Leiva turut menjangkakan bahawa perjanjian-perjanjian penting akan dicapai semasa lawatan Presiden China itu, dalam usaha untuk memudahkan pertukaran yang lebih profesional antara China dan Peru, serta menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk dua tamadun purba.
Seorang petugas yang menjaga tiket di Katedral Basilica Lima, iaitu salah satu tempat tarikan pelancongan berkata bahawa pihaknya telah menyaksikan kedatangan ramai pelancong China pada beberapa tahun kebelakangan ini berikutan hubungam baik antara kedua-dua negara.
"Saya melihat lebih ramai orang China, terutamanya dalam dua hari lepas. Saya fikir ia adalah kerana Pelabuhan Chancay," kata kakitangan itu, yang hanya dikenali sebagai Veronica. Dia menambah bahawa projek Inisiatif Jalur dan Laluan boleh membawa lebih banyak produk Peru ke seluruh dunia.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Program "Classics Quoted by Xi" Episod Ketiga Disiarkan di Peru
- Xi Tiba di Lima untuk Mesyuarat APEC, Lawatan Rasmi ke Peru
- Artikel Xi Disiar Akhbar Peru
- China Dorong Penghapusan Halangan Perdagangan, Aktif Galak Agenda Ekonomi Hijau, Main Peranan Penting dalam APEC
- Kekalkan Visi dan Misi Kerjasama Asia-Pasifik Atasi Cabaran Global - Xi
- Dagangan China, Entiti APEC Baharui Rekod
- Dagangan China, Entiti APEC Baharui Rekod
- Tinjauan CGTN: Peranan China Pacu Kerjasama APEC Disanjung Tinggi
- Xi Berlepas Menuju Lima untuk Mesyuarat APEC, Lawatan Rasmi ke Peru
- APEC Tetap Enjin Dinamik Pertumbuhan Ekonomi Global