China Bantah Keras Langkah Naikkan Tarif Secara Sepihak

(CRI)Jumaat 29 November 2024

China berpendirian tegas dalam membantah tindakan menaikkan tarif secara sepihak. Amerika Syarikat (AS) patut mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan bersama-sama China untuk mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara berkembang mantap dan mampan berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama sama menang.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.

Sebelum ini, presiden terpilih AS Donald Trump mendakwa akan menaikkan tarif import terhadap barangan China sebanyak 10 peratus.

Video

Berita Berkaitan