CPI China Naik 0.2% pada November

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 09 Disember 2024

Indeks Harga Pengguna (CPI) China pada November menyaksikan peningkatan sebanyak 0.2 peratus dari tahun ke tahun, dengan CPI di kawasan bandar naik 0.1 peratus, manakala di kawasan luar bandar pula meningkat 0.2 peratus.

Secara puratanya, CPI China untuk 11 bulan pertama 2024 ini secara puratanya meningkat 0.3 peratus dari tahun ke tahun.

CPI bagi bulan November menurun 0.6 peratus berbanding Oktober. Antaranya, harga makanan menurun sebanyak 2.7 peratus dan harga bukan makanan pula menyusut 0.1 peratus.

Video

Berita Berkaitan