Pameran China di COP16 tentang Pencegahan dan Kawalan Hakisan Tanah

(CRI)Selasa 10 Disember 2024

Pavilion China Persidangan Pihak-Pihak ke-16 (COP16) Konvensyen Desertifikasi PBB (UNCCD) telah mengadakan satu sidang sampingan yang bertema "Teknologi Hijau, Masa Depan Hijau" semalam untuk berkongsi pengalaman negara China yang berjaya dalam bidang kerjasama antarabangsa pencegahan dan kawalan hakisan tanah.

Dalam pada itu, dilancarkan juga satu klip video melibatkan hasil yang dicapai dalam "Taman Teknologi Hijau China-Afrika" di Nouakchott, ibu kota Mauritania di bawah kerjasama antara Inistitut Pengajian Ekologi dan Geografi Xinjiang Akademi Sains China dengan Pertubuhan "Great Green Wall" Afrika.

Selain itu, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman untuk melanjutkan pelaksanaan program terbabit.

Ketua Bahagian Pencegahan dan Kawalan Hakisan Tanah Jabatan Hutan dan Padang Rumput Negara China, Huang Caiyi dalam ucapannya menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama pelbagai pihak terus menfokuskan pada pencapaian dan cabaran dalam bidang kawalan hakisan tanah, melakukan perbincangan tentang kerjasama berkenaan, meneroka dan meneliti kaedah kawalan hakisan tanah sehingga matlamat "membantu manusia memanfaatkan kawasan gurun" dapat direalisasikan dengan seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan