Ahli Perniagaan Asing Optimistik terhadap Pasaran China

(CRI)Rabu 11 Disember 2024

Pelabur dan ahli perniagaan antarabangsa optimistik dan berkeyakinan penuh terhadap pasaran China berikutan langkah China memperkasakan pembaharuan secara menyeluruh dan meningkatkan keterbukaan peringkat tinggi.

Mereka juga mengatakan bahawa dasar China untuk meluaskan permintaan domestik telah menyumbang kepada rangsangan daya kedinamikan pasaran dan potensi penggunaan, ia sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pembangunan untuk perusahaan asing yang melabur di China.

Ketua Ahli Ekonomi Morgan Stanley China, Xing Ziqiang berpendapat bahawa dasar China semakin mesra dengan pelabur asing, manakala pelabur asing juga memberi lebih perhatian kepada pasaran China.

"Sidang Kemuncak Pelaburan Asia Pasifik anjura Morgan Stanly di Singapura dihadiri lebih 2,700 pelabur antarabangsa dan kebanyakan mereka amat berminat terhadap China," kata Xing.

Ahli ekonomi terkenal Biswa berkata, China mencapai perkembangan pesat dalam industri berteknologi tinggi dan transformasi tenaga hijau, seperti kenderaan tenaga baharu dan janakuasa tenaga boleh diperbaharui.

Menurut beliau, semasa pelabur antarabangsa mencari peluang pertumbuhan jangka panjang untuk peruntukan aset portfolio mereka, China kekal sebagai tumpuan dan pilihan mereka.

Video

Berita Berkaitan