Perkampungan Tibet di Qinghai Mulakan Kehidupan Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 25 Disember 2024
Perkampungan Tibet di Qinghai Mulakan Kehidupan Baharu
Gambar rumah kediaman gaya Tibet di kampung Ta’er. (Foto Chen Mingju)

Penduduk di perbandaran Tajia Tibet, Kaunti Autonomi Hui Hualong di bandar Haidong, Provinsi Qinghai China kini telah pulang ke rumah masing-masing setelah usaha pemulihan berjaya dilaksanakan susulan berlakunya gempa bumi berukuran 6.2 magnitud pada Disember 2023.

Seorang penduduk tempatan di kampung Ta’er pekan tersebut, Sangye Tseten berkata bahawa dengan usaha pemulihan itu, mereka kini dapat kembali ke kampung halaman masing-masing, serta menduduki rumah yang selesa dan selamat.

Menelusuri tempat tinggalnya, Sangye mempunyai rumah dua tingkat, dengan aras pertamanya digunakan untuk menternak kambing dan lembu, serta menyimpan makanan dan arang; manakala aras kedua pula untuk didiami mereka.

Pintu, tingkap dan cucur atap mempunyai seni rekaan yang sangat halus. Di ruang tamu aras kedua pula dilihat besih dan kemas, dengan kewujudan pintu kecil di bahagian penjuru memperlihatkan suasana indah kampung tersebut.

Kampung Ta’er dan Tayi yang terletak di perbandaran yang sama itu telah dibina dalam kawasan pergunungan. Difahamkan, terdapat sejumlah 13 rumah kediaman di situ, dengan sejarah melebihi 100 tahun.

Foto-foto dari lensa jurugambar People’s Daily Online ini memaparkan suasana di kawasan sekitar.

Seorang wanita sedang duduk di dapur di dalam rumahnya di kampung Ta’er. (Foto Chen Mingju)
Gambar pintu kayu dan tingkap di perbandaran Tajia Tibet. (Foto Chen Mingju)
Gambar ruang tamu di aras kedua rumah Sangye Tseten. (Foto Chen Mingju)
Sangye Tseten sedang memberi makan kepada seekor lembu di aras pertama rumahnya. (Foto Chen Mingju)
Gambar pemandangan perbandaran Tajia Tibet. (Foto Zjang Zhongping)

Video

Berita Berkaitan