- Lain-lain
Iran Bakal Adakan Dialog Pusingan Baharu dengan Britain, Perancis dan Jerman
Iran dijangka akan mengadakan dialog pusingan baharu dengan Britain, Perancis dan Jerman pada 13 Januari ini.
Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Luar bagi Hal Ehwal Undang-undang dan Antarabangsa Iran, Kazem Gharibabadi ketika menghadiri upacara memperingati Jeneral Kanan Iran, Qassem Soleimani, semalam.
"Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, ini hanyalah satu dialog, bukan rundingan", ujar beliau.
Gharibabadi berkata, pusingan baharu dialog ini bertujuan untuk menjelaskan isu-isu berkaitan selain mengadakan perbincangan lanjut bagi menentukan rangka kerja dan kaedah bagaimana rundingan akan dijalankan pada masa depan.
“Iran komited untuk melindungi kepentingan rakyatnya dan bersedia menyelesaikan isu-isu melalui dialog dan komunikasi,” katanya.
Gharibabadi berkata pelbagai pihak telah mengadakan "perbincangan secara terus terang" mengenai isu nuklear Iran dan topik berkaitan usaha menamatkan sekatan.
Untuk rekod, pada 29 November 2024 Iran telah mengadakan perbincangan dengan Britain, Perancis dan Jerman mengenai isu nuklear Iran di Geneva, Switzerland.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Presiden Iran Maut Helikopter Terhempas
- Helikopter Bawa Presiden Iran Ditemui
- Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu terhadap Israel
- Iran Sedia Sambungkan Rundingan Nuklear
- Iran Sanggup Bekalkan Tenaga kepada Eropah
- China Berpendirian Teguh pada Penyelesaian Isu Hangat Melaui Dialog dan Rundingan
- Konfrontasi Tidak Bantu Selesai Isu Nuklear Iran: Wakil China
- Iran Optimistik Terhadap Pemulangan Aset Beku
- AS Jamin Tukar Banduan dan Bebaskan Aset Iran yang Terbeku
- AS Diseru Dorong Pemulihan Rundingan Nuklear Iran
- Kanada Kenakan Sekatan terhadap 7 Hakim Iran
- Cipta Suasana Kondustif, Baiki Situasi Yaman: Duta China
- Isu Asia Barat: China, Pengantara Boleh Dipercayai
- China Bantu Asia Barat Wujud Ketenteraman, Keselamatan
- Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi, Iran Disambut Baik