- Lain-lain
Xi, Boko Saling Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik China-Botswana
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Botswana Duma Boko bertukar ucapan tahniah pada Isnin, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Xi berkata tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan hasil-hasil yang dicapai Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika. Justeru itu, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Boko bagi memperkukuh lagi kepercayaan politik antara kedua-dua pihak, memberi sokongan penuh terhadap kepentingan masing-masing, bekerjasama ke arah pemodenan kedua-dua negara dan membuka lembaran baharu hubungan strategik China-Botswana.
Sementara itu, Boko berkata pihaknya menyokong dengan teguh dasar satu China dan berharap untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara berasaskan saling percaya dan hormat, serta bekerjasama untuk melaksanakan hasil daripada Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika ke arah mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’