- Lain-lain
FOCAC Simbolik Solidariti dan Kolaborasi China-Afrika
Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) menjadi simbolik solidariti dan kolaborasi antara kedua-dua pihak dan juga teladan bagi masyarakat antarabangsa menjalankan kerjasama dengan Afrika.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang media selepas pertemuan dengan Presiden Republik Congo Denis Sassou Nguesso di Brazzaville pada Selasa.
Menurut beliau, sejak FOCAC dilancarkan 25 tahun lalu, China membantu Afrika membina 100,000 kilometer jalan raya, lebih 10,000 kilometer rel kereta api, hampir 1,000 jambatan dan 100 buah pelabuhan.
Kerjasama berorientasikan FOCAC turut menawarkan lebih sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat Afrika dalam tempoh tiga tahun lalu.
Wang turut memperincikan rancangan China dan Republik Congo selaku pengerusi bersama FOCAC dalam melaksanakan konsensus yang dicapai sidang kemuncak FOCAC di Beijing pada tahun lepas.
Beliau berkata kedua-dua pihak sepakat memperkasa penyelarasan strategi pembangunan dan perkongsian pengalaman mengenai tadbir urus negara ke arah mencipta prospek lebih luas untuk perkembangan hubungan China-Afrika.
Di samping itu, usaha akan dilakukan untuk mewujudkan penanda aras kerjasama masyarakat antarabangsa dengan Afrika, sekali gus memastikan China dan Afrika menjadi pelopor dalam membentuk hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
China dan Republik Congo juga komited melaksanakan tarif sifar membabitkan 100 peratus garis tarif, membina jaringan kesalinghubungan China-Afrika melibatkan darat dan laut serta mempergiat pelaksanaan 1,000 projek 'small and beautiful' yang berpaksikan rakyat.
Antara perkara lain yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak adalah menambah baik mekanisme kerjasama pelaburan dan perdagangan bagi menyediakan pasaran lebih luas, teknologi lebih praktikal dan pelaburan lebih mapan untuk pemodenan Afrika.
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Wang Yi Bakal Lawat Empat Negara Afrika
- Sidang Kemuncak FOCAC Lulus Deklarasi Beijing
- Madagascar Alu-alu Pelaburan dari Syarikat China: Presiden Rajoelina
- Sidang Kemuncak FOCAC 2024 Capai Kejayaan Sepenuhnya: Wang Yi
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- 10 Tindakan Perkongsian Pacu Modenisasi Disanjung Tinggi
- Xi Berbincang Bersama Presiden Republik Congo
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Republik Congo
- FOCAC Besar Ertinya Buat Kerjasama China, Afrika: Presiden Zimbabwe
- Forum Kerjasama China-Afrika Mustahak dan Istimewa
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Ghana Baharu
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat FOCAC
- Hubungan China-Afrika Dinaiktaraf ke Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa
- Pakar Sepanyol: China Sokong dan Galakkan Pembangunan Ekonomi Afrika
- Li Qiang Berucap pada Persidangan Usahawan China-Afrika
- Kapal Hospital China "Peace Ark" Buat Lawatan ke Cameroon
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Mozambique
- Presiden China, Zambia Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Botswana Duma Boko
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Namibia