- Lain-lain
Provinsi di China Sasar Rancakkan Ekonomi, Penggunaan Menerusi Ekonomi Baru Muncul
Kawasan bertaraf provinsi di China meletakkan sasaran untuk merancakkan penggunaan dan merangsang pertumbuhan baharu dalam sektor penggunaan dengan menggunakan ekonomi baru muncul sebagai wadahnya.
Misalnya, kerajaan tempatan Jilin dalam laporannya memaklumkan bahawa provinsi yang terletak di timur laut China itu akan memperkenal dan memupuk 100 kedai pertama pada tahun ini.
Mengambil Changchun, ibu kotanya sebagai contoh, kedai pertama yang diperkenalkan setakat ini meliputi sektor yang luas termasuk katering, elektronik, industri digital, hiburan dan runcit. Bandar itu juga berazam untuk menarik lebih banyak jenama yang berkualiti bagi mendorong pasaran pengguna.
Venue Minggu Fesyen China Musim Bunga/Panas 2025. (Foto ihsan jawatankuasa penganjur Minggu Fesyen China)
Ding Zhaoyong, anggota Jawatankuasa Persidangan Rundingan Hal Ehwal Politik Rakyat China Provinsi Jilin berkata bahawa pembangunan ekonomi kedai baru muncul mampu menyajikan pengalaman baharu dan kepelbagaian buat pengguna, sekali gus menjadikan pasaran pengguna lebih dinamik.
Beliau yang juga profesor madya di Institut Ekonomi Univerisiti Jilin berkata bahawa ia juga boleh memacu pembangunan rantaian industri huluan dan hiliran, yang secara tidak langsung meningkatkan skala keseluruhan dan prestasi industri.
Untuk rekod, ekonomi kedai pertama berkembang dengan pesat pada 2024. Shanghai yang merupakan salah satu hab bagi jenama antarabangsa dan tempatan untuk melancarkan pameran, kedai dan produk pertama masing-masing menyaksikan terdapat sebanyak 1,173 kedai pertama dalam tempoh sebelas bulan pertama.
Pada tahun lalu, Beijing direkodkan mempunyai 900 kedai pertama, manakala Provinsi Guangdong di selatan China pula telah menarik lebih daripada 800 kedai baharu pertama dengan jenama yang terkenal.
Timbalan Kongres Rakyat Perbandaran Shanghai, Xu Xiaoling berpendapat bahawa usaha mesti dilipat gandakan untuk menarik kedatangan lebih banyak jenama global agar mereka melancarkan produk, pameran dan kedai pertama masing-masing di situ.
Beliau yang juga CEO bersama Fosun International kualiti model perniagaan ekonomi baru muncul juga perlu diperbaiki untuk mencapai taraf permintaan pengguna.
Seorang pempamer sedang memperkenalkan produk kepada pengunjung semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. Pada CIIE ke-7, banyak teknologi dan pempamer telah membuat kemunculan sulung mereka. (Xinhua/Wang Xiang)
Ekonomi baru muncul turut menampilkan pengalaman membeli-belah yang serba baharu buat pengguna.
Provinsi Hunan di tengah China turut memberi sokongan terhadap pembangunan ekonomi baru muncul, ekonomi perak dan model ekonomi yang lain, dengan sasaran untuk memupuk senario penggunaan baharu, sekali gus menjadikan kehidupan harian lebih bertenaga sambil mencerminkan ciri-ciri tempatan dan tarikan antarabangsa.
Manakala, Provinsi Heilongjiang pula mencadangkan agar kepelbagaian senario penggunaan dapat diinovasikan, serta membangunkan ekonomi baru muncul secara aktif termasuk kedai dan pameran pertama.
Xu Weiguo, timbalan Kongres Rakyat Provinsi Heilongjiang berpandangan bahawa model ekonomi baru muncul mempunyai tanggungjawab signifikan dalam mendorong penaiktarafan industri dan pembangunan ekonomi di Heilongjiang.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zhongyanghong Harbin itu turut mencadangkan agar provinsi itu dapat mengenal pasti senario penggunaan untuk produk ekonomi baru muncul berdasarkan kelebihan dan keunikan perindustriannya.
Untuk membantu ekonomi baru muncul berkembang maju, provinsi di seluruh negara sedang berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik. Sebagai contoh, Shanghai telah mencadangkan 58 langkah baharu untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaannya, sementara Provinsi Hunan pula telah mencadangkan memajukan inisiatif khas untuk mengurangkan kos logistik, serta membina rangkaian pengangkutan dan logistik komprehensif yang cekap.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Xi Gesa Penyeliaan Berasaskan Audit Bermutu Tinggi bagi Promosi Pembangunan Sosioekonomi
- Prestasi China dalam Pembangunan Berkualiti Tinggi 2023
- "Pasar Barangan Kreatif", Lokasi Tumpuan Anak-anak Muda China
- Sorotan Penting Data Ekonomi China 2024
- Ekonomi China Kembali Stabil dan Tunjuk Perubahan Positif
- Sidang Kerja Ekonomi Pusat China Aturkan Pelan Kerja 2025
- Ekonomi China Tunjuk Peralihan Sihat pada Tiga Suku Pertama 2024
- Ekonomi China akan Semakin Dinamik
- China Suntik Kepastian, Tenaga Positif Terhadap Pembangunan Ekonomi Dunia
- Langkah Baharu China Terus Semarakkan Keyakinan Pasaran