Tinjauan CGTN: Ekonomi Ais dan Salji Jadi Pemacu Baharu Ekonomi China

(CRI)Jumaat 07 Februari 2025

Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 yang berlangsung di bandar Harbin mencipta rekod baharu dengan disertai negara dan wilayah paling banyak serta atlet paling ramai dalam sejarah temasya sukan itu.

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 96 peratus responden percaya bahawa AWG akan terus merangsang keghairahan rakyat negara Asia terhadap sukan ais dan salji, sekali gus meningkatkan taraf sukan berkenaan di Asia malah seluruh dunia.

Sementara itu, sebanyak 87.8 peratus responden menganggap AWG akan membantu menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara negara serantau.

Dengan memanfaatkan sumber pelancongan sedia ada, pelbagai aktiviti menarik turut ditawarkan di serata tempat menerusi model 'ais dan salji + beli-belah', 'ais dan salji + makanan', 'ais dan salji + pelancongan' serta 'ais dan salji + sukan'.

Hasil tinjauan itu menunjukkan 91.9 peratus responden berpendapat model 'ais dan salji +' akan menyumbang kepada penaiktarafan perbelanjaan dan transformasi perindustrian, manakala 94.7 peratus melihat ekonomi ais dan salji sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi China.

Selain itu, sebanyak 92.1 peratus responden berpendapat penganjuran sukan ais dan salji seperti AWG akan menjana pembangunan ekonomi ais dan salji di negara Tembok Besar.

Tinjauan yang dijalankan menerusi platform kendalian CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu menarik penyertaan 4,607 netizen dalam masa 24 jam.

Video

Berita Berkaitan