- Lain-lain
Jana Ekonomi Ais & Salji di Kawasan Bahagian Timur Laut China
Majlis perasmian Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 diadakan di bandar Harbin, ibu kota provinsi Heilongjiang di timur laut China pada malam 7 Februari lalu. Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis tersebut dan merasmikan AWG ke-9.
Pada hari yang sama, Xi ketika menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat asing yang menghadiri upacara perasmian Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 menyatakan bahawa Harbin sebagai “bandar ais” yang terkenal di China, merupakan tempat asal sukan ais dan salji China pada zaman moden.
“Di Harbin, kita benar-benar berasa bahawa kawasan berais dan bersalji sama seperti gunung emas dan perak, kerana budaya dan ekonomi tempatan yang berunsurkan ais dan salji wujud sebagai momentum baharu bagi pembangunan berkualiti tinggi dan ikatan baharu dengan luar dalam peningkatan tahap keterbukaan," kata Xi.
Kawasan bahagian timur laut China merujuk kepada gabungan provinsi Heilongjiang yang beribu kota di Harbin serta provinsi Jilin, Liaoning dan bahagian timur laut Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, dengan meliputi tanah seluas lebih sejuta kilometer persegi dan populasi lebih 100 juta orang. Sebagai "buaian" bagi perindustrian sejak Republik Rakyat China baru ditubuhkan, kawasan ini pernah menjadi tapak pengeluaran bagi trak berjenama Jiefang kumpulan pertama, pesawat jet pertama, kapal berkapasiti 10,000 tan pertama, dan lokomotif diesel yamg pertama.
Sejak tahun 2012, Xi pernah menjejakkan kaki di kawasan tersebut sebanyak lebih 10 kali dan mengadakan majlis libat urus tiga kali mengenai memacu pembangunan tempatan.
Dalam tempoh tinjauan di Heilongjiang pada September tahun 2023, Xi buat pertama kali mengeluarkan konsep “kuasa produktif kualiti baharu”, yang menekankan penyatuan dan penyusunan sumber inovasi sains dan teknologi untuk memacu pembangunan industri strategik baru dan industri masa depan.
Xi amat mementingkan pembangunan kawasan bahagian timur laut China pacuan ekonomi ais dan salji, dan pernah berkali-kali menekankan bahawa "kawasan berais dan bersalji sama seperti gunung emas dan perak", "perlu giat mendorong perkembangan ekonomi ais dan salji dengan memanfaatkan sumber istimewa dan landskap tersendiri di kawasan bahagian timur laut".
Pada musim sejuk ini, pelancong dari pelbagai tempat kelihatan berduyun-duyun mengembara ke Harbin untuk menikmati pemandangan ais dan salji dan bermain dalam dunia serba putih. Dari 1 hingga 21 Disember 2024, ketibaan pengembara di Lapangan Terbang Harbin mencecah 1.425 juta orang, meningkat 13.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, dengan kira-kira 60% daripadanya merupakan pelancong.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Xi Bertemu Presiden IOC di Harbin
- Sukan Musim Sejuk Asia Ke-9 Dirasmikan
- Teknologi Canggih Jamin Kejayaan Sukan Musim Sejuk Asia
- Presiden Xi Anjur Majlis Jamuan Buat Tetamu Kehormat AWG
- Xi Jinping akan Hadir Upacara Perasmian AWG Esok
- Kontinjen China Hantar 170 Atlet, Sertai Semua Acara di AWG 2025
- Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Selesai
- Bekalan Elektrik Hijau untuk Semua Venue AWG Harbin
- Minat Beriadah Membara di Harbin Menjelang Sukan Musim Sejuk Asia ke-9
- Presiden OCA Yakin Sukan Asia Musim Sejuk 2025 Berjalan Lancar