- Lain-lain
China, Jerman Ikrar Perkasa Kerjasama Komprehensif
China gembira melihat Jerman memainkan peranan penting dalam dunia multipolar dan bersedia memperdalam kerjasama komprehensif dengan Jerman untuk memajukan hubungan bilateral, menjaga keamanan dan kestabilan global serta memberi lebih banyak kepastian kepada dunia.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika bertemu dengan Canselor Jerman Olaf Scholz di Munich pada Sabtu.
Wang berkata China menghargai pendirian Jerman yang rasional dan pragmatik dalam isu tarif Kesatuan Eropah (EU) ke atas kenderaan elektrik China, dan berharap Jerman terus memainkan peranan konstruktif untuk mendorong pergeseran perdagangan China-EU diselesaikan secepat mungkin.
Sementara itu, Scholz menyatakan pihaknya ingin mengukuhkan pertukaran dan dialog dengan China di semua peringkat serta memperdalam kerjasama strategik dua hala dan pelbagai hala.
Beliau menegaskan bahawa Jerman menentang fahaman perlindungan dan perang tarif, sambil menyuarakan harapan supaya EU dan China bersama-sama memelihara sistem perdagangan bebas.
- China, Jerman Anjur Dialog Strategik Diplomasi dan Keselamatan
- Menteri Luar Jerman Baerbock akan Lawat China
- Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
- Perdagangan China-Jerman Didorong ke Arah Lebih Optimum dan Seimbang - PM Li
- Pemimpin China, Jerman Bincang Krisis Ukraine
- China, Jerman Komited Eratkan Hubungan Bilateral Rancakkan Pertukaran
- Peng Liyuan Terima Kunjungan Koir Mandarin dari Jerman
- Panda Gergasi Meng Xiang dan Meng Yuan Selamat Kembali ke China dari Jerman
- Pertemuan Xi dengan Canselor Jerman Secara Maya
- China, Jerman Mahu Lonjakkan Ikatan, Perkukuh Kolaborasi