- Lain-lain
Moscow Sedia Terima Kunjungan Trump Bila-bila Masa
(CRI)Isnin 17 Februari 2025
Setiausaha akhbar Presiden Rusia, Dmitry Peskov pada Ahad menyatakan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump boleh melawat Rusia pada bila-bila masa selepas persepakatan dicapai oleh kedua-dua pihak.
Menerusi video temubual yang dimuatnaik wartawan TV Rusia, Pavel Zarubin di akaun sosialnya pada Ahad, Peskov berkata Presiden Rusia Vladimir Putin dan Trump telah memberi isyarat jelas untuk menyelesaikan masalah menerusi dialog dan akan dilakukan secara aman, berdasarkan perbualan telefon mereka pada 12 Februari lalu.
Semasa perbualan telefon tersebut, Putin turut menjemput Trump untuk melawat Moscow, dan kedua-dua pihak juga membincangkan isu-isu mengenai hubungan Rusia-AS, krisis Ukraine dan situasi di Asia Barat.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang