- Lain-lain
China Seru Semua Pihak Percepatkan Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara'
China menyeru semua pihak untuk mempercepatkan pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara' dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 1967.
Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang media selepas mempengerusikan perbahasan terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang bertemakan "Mengamalkan Multilateralisme, Pembaharuan dan Menambahbaik Tadbir Urus Global" pada Selasa.
Ketika ditanya wartawan mengenai pandangannya berhubung penangguhan fasa kedua rundingan di Gaza, Wang Yi menyifatkan isu Palestin sebagai teras bagi masalah di Asia Barat.
"Jika 'Penyelesaian Dua Negara' tidak dilaksanakan, secara logik membalas dendam dengan dendam tidak akan berhenti dan kitaran keganasan tidak akan berakhir", kata beliau.
“Pelbagai puak di Palestin perlu melaksanakan 'Deklarasi Beijing' dengan bersungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan dan berdikari. Semua pihak di Asia Barat perlu menangani perselisihan untuk menyokong penubuhan negara Palestin.
Tambahnya lagi, PBB juga harus bertindak untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara anggotanya secara rasmi.
Ujarnya tadbir urus Gaza pasca perang perlu mematuhi prinsip "Palestin mentadbir Palestin" dan menghubungkannya dengan "Penyelesaian Dua Negara" bagi mewujudkan keamanan Palestin dan Israel dan kestabilan jangka panjang di Timur Tengah.
- Rakyat Palestin Tiada Hak Kembali ke Gaza - Trump
- Trump Kenakan Sekatan Terhadap ICC
- Rakyat Gaza Bantah Campur Tangan AS
- AS Tiada Hak Campur Tangan: MFA
- China Bertekad Basmi Kegiatan Resapan dan Penjejasan dari Kuasa Luar
- Pasukan Pengaman Tak Boleh Campur Tangan Urusan Dalaman di Negara Berkonflik
- China Bantah Campur Tangan AS terhadap Urusan Xizang
- China Bantah Deklarasi NATO dalam Sidang Kemuncak Washington
- Tentera AS Bakar Diri di Luar Kedutaan Israel Washington Meninggal Dunia
- China Bantah Pegawai AS Bersekongkol dengan Pembelot Hong Kong