- Lain-lain
AI Ubah Landskap Pembelajaran, Galakkan Pendekatan Inovatif
(Nota: Artikel dari China Daily ini diterjemah dan disunting oleh People’s Daily Online)
Foto kanak-kanak sedang mengikuti panduan senaman daripada paparan AI di sebuah sekolah rendah di Beijing pada 21 November. (China Daily/Chen Jian)
Pembangunan pesat dan terbaharu dalam kecerdasan buatan (AI) telah memberi kesan terhadap pendidikan di China pada semua peringkat, daripada sekolah rendah dan menengah kepada pendidikan tinggi.
Pakar berpendapat bahawa ia telah membentuk semula sektor tersebut dengan mempermudah pembelajaran yang diperibadikan dan sepanjang hayat, lebih cekap dalam pengajaran, serta penilaian saintifik yang lebih tinggi dan pengurusan sekolah.
Pada Disember lalu, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan yang mengajak agar usaha untuk memperkukuh pendidikan AI dapat dipertingkatkan di sekolah rendah dan menengah, selain menetapkan bahawa teknologi tersebut disebar luas menjelang 2030.
Difahamkan, garis panduan tersebut menyasarkan untuk memupuk bakat berorientasikan masa depan, dengan menambah baik kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran digital dalam kalangan pelajar, serta merangsang semangat untuk berinovasi.
AI kini sudah memasuki bilik-bilik darjah sekolah rendah dan menengah, serta turut diguna pakai dalam pengajaran di bilik darjah serta perancangan pengajaran.
Pada bulan ini, kementerian tersebut telah mengumumkan senarai 184 sekolah rendah dan menengah yang terpilih sebagai pangkalan pendidikan AI bagi mempermudah pelaksanaannya.
Memahami teknologi terkini telah menjadi sebahagian penting dalam sistem pendidikan negara.
Ia dapat dilihat apabila pelajar gred lima di sekolah rendah di daerah Shapingba di Chongqing telah mereka bentuk produk pintar masing-masing seperti lampu, pelembap dan kipas pintar yang dikawal menggunakan suara – dengan kesemuanya melibatkan teknologi pengecaman suara dan kemahiran pengaturcaraan.
Di Sekolah Menengah Tinggi Yangzhou di Provinsi Jiangsu, guru kelas teknologi untuk pelajar tahun pertama telah menggunakan contoh untuk mengenal pasti bunga sakura dan bunga pic pada musim bunga bagi membandingkan perbezaan dan persamaan antara pengecaman manusia dan mesin, sekali gus membantu pelajar memahami prinsip pembelajaran mesin.
Manakala di dalam kelas AI di Sekolah Eksperimen Changchun, Provinsi Jilin pula telah menggunakan robotik, operasi dron dan cetakan 3D, di samping turut mewujudkan kelab AI sebagai galakan kepada pelajar.
Setiausaha Liga Belia Komunis sekolah tersebut, Jia Kaichao berkata bahawa kelab itu telah merapatkan jurang kepada pelajar untuk menterjemah idea masing-masing, sekali gus membolehkan mereka merasai sendiri keunikan perasaan dalam penghasilan.
Malah, pelajar di sekolah itu juga kerap menggunakan aplikasi terjemahan foto atau pen kamus suara dalam kelas bahasa Inggeris.
Pelajar sekolah menengah sedang mengoperasikan robot semasa kelas sains di Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang pada September. (Xinhua/Li Hanchi)
Garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan itu juga menggesa supaya pembangunan sumber-sumber pengajaran AI dapat dikhususkan mengikut keperluan pelajar, dan menjadikan pendidikan AI sebagai sentiasa ada.
Profesor di Universiti Anthabasca di Kanada, Mohamed Ally menyifatkan China sebagai pendahulu dalam penggunaan AI dalam pendidikan dan latihan dengan membangunkan sistem pembelajaran pintar dan menjadikan penyelidikan AI lebih intensif.
Pada tahun lalu, Kementerian Pendidikan China telah mengeluarkan 50 senario aplikasi yang mengintegrasikan AI dengan pendidikan tinggi termasuk askpku.com, iaitu platform pendidikan yang dibantu AI, khusus untuk pendidik dan pelajar di Universiti Peking dalam menambah baik kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa sama, Universiti Perhutanan dan Pertanian Barat Laut di Yangling, Provinsi Shaani juga telah melancarkan tapak pengeluaran tanaman pintar yang bertujuan untuk menambah baik kemahiran praktikal pelajar dan kebolehan untuk berinovasi dalam pertanian pintar.
Wang Xuenan, timbalan pengarah di Institut Penyelidikan Pendidikan Digital Akademi Sains Pendidikan Kebangsaan China, berkata pendidikan dipacu AI semakin menekankan kemahiran lanjutan seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan akur terhadap maklumat salah yang dijana AI.
"AI membolehkan peralihan daripada pendidikan seragam kepada pendidikan yang menyesuaikan diri dengan setiap pelajar, memberi tumpuan kepada pembangunan individu, potensi dan menangani kelemahan," katanya.
Zheng Qinghua, presiden Universiti Tongji, berkata teknologi AI generatif telah menjadi alat penting untuk mendapatkan dan menyebarkan pengetahuan.
Beliau berkata, pelbagai model yang dibangunkan oleh syarikat internet dan universiti telah digunakan untuk aktiviti pendidikan, dengan majoriti pelajar kolej di China telah menggunakan teknologi itu, termasuk Ernie Bot, iaitu bot sembang AI yang dibangunkan oleh Baidu.
Kesemua wadah tersebut, di samping DeepSeek yang menjadi contoh global terkemuka, mampu menulis esei dan menyelesaikan masalah sains, serta membantu pelajar dalam tugasan dan peperiksaan.
Wang Huashu, profesor di Institut Siswazah Terjemahan dan Tafsiran di Universiti Pengajian Asing Beijing berkata bahawa gereratif AI juga membuka kemungkinan baharu untuk pengajaran yang diperibadikan.
Tambah beliau, pendidik juga boleh menggunakan AI untuk mencipta senario dialog yang realistik untuk latihan pertuturan yang mendalam, manakala pelajar pula mendapat manfaat daripada maklum balas segera tentang kemahiran bahasa lisan dan bertulis, meningkatkan kebolehan komunikasi mereka.
Kata Wang, institusi pengajian tinggi perlu menerobos model pendidikan tradisional dan meneroka aplikasi AI dalam pengajaran, penilaian dan pengurusan.
Timbalan pengarah Pejabat Pemeriksaan Pendidikan Kebangsaan di Kementerian Pendidikan, Yang Yu profil mata pelajaran penilaian yang tepat, yang dihasilkan melalui pembelajaran mesin, telah meningkatkan kecekapan dan ketepatan penggredan kertas peperiksaan secara mendadak.
Katanya, AI dan data raya membolehkan analisis dan tafsiran yang lebih saintifik terhadap data pemantauan dan penilaian yang luas.
Yang turut menambah bahawa teknologi tersebut membantu pendidik mengenal pasti keutamaan dalam proses penilaian.
Apabila digabungkan dengan alat visualisasi, data raya boleh membentangkan hasil analisis yang kompleks melalui carta dan graf perbandingan, membolehkan pentadbir pendidikan dan pembuat keputusan memahami cerapan di sebalik data dan melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan.
"Untuk subjek penilaian, teknologi ini boleh menjana laporan yang diperibadikan, mengenal pasti keperluan individu dengan tepat dan menyediakan sokongan saintifik untuk pelarasan dan campur tangan yang disesuaikan," kata Yang.
Foto pekerja di sebuah syarikat pemula teknologi sedang melaraskan lengan robotik di sebuah taman inovasi untuk pelajar kolej di Jinan, Provinsi Shandong, pada September. (Xinhua/Zhu Zheng)
David Osher, naib presiden Institut Penyelidikan Amerika, telah memfokuskan terhadap peranan AI dalam mengumpul data berkualiti tinggi dan menawarkan cerapan yang boleh digunakan oleh pendidik.
Beliau berkata, ia termasuk aplikasi khusus termasuk menjejaki interaksi bilik darjah dan penglibatan pelajar, serta menyediakan maklum balas yang diperibadikan.
Semasa forum yang diadakan di Shenzhen, Provinsi Guangdong, pada bulan Disember, Kerik Lee, naib pengetua sebuah sekolah rendah di Hong Kong berkata bahawa beliau tidak menang tangan untuk mentaksir hasil-hasil kerja oleh pelajar yang dijana oleh AI.
Beliau turut berkongsi kes yang menyaksikan pelajar gred enam menggunakan teknologi AI untuk menjana imej berdasarkan cerita yang dicipta oleh pelajar gred dua sebagai sebahagian daripada latihan pemahaman bacaan.
Dalam proses ini, pelajar yang lebih tua bukan sahaja terlibat dalam perbincangan dan refleksi yang bermakna, tetapi juga mencipta karya yang mengagumkan.
Era AI memerlukan guru untuk memikirkan semula tujuan dan hala tuju penggredan, beralih daripada pemahaman dan hafalan mudah kepada penciptaan peringkat lebih tinggi.
Seorang petugas pendidikan sedang melawat pameran bilik darjah yang dikuasakan AI di sebuah sekolah rendah di Beijing pada November. (Xinhua/Ma Ning)
- China Bertindak Pantas Tambah Baik Tadbir Urus Global Berdasarkan Penggunaan AI
- China Bersedia Tingkatkan Kerjasama dengan Pelbagai Pihak dalam Bidang AI
- Sidang Kemuncak Tindakan AI Buka Tirai di Paris
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Pusat Pameran AI Buka Tirai di Nanning, Guangxi
- China Wartakan Rancangan Universal Terajui Tata Kelola AI Global
- Output Penyelidikan AI China Catat Lonjakan
- Perhimpunan Usahawan Cina Dunia Fokuskan Geoekonomi dan AI
- Akta AI EU Berkuat Kuasa
- China Miliki 378 Ribu Paten AI, Meningkat Pesat Berbanding Purata Global