- Lain-lain
China Bantah Tindakan AS Tambah Tarif terhadap Produk Eksportnya
Menteri Perdagangan China, Wang Wentao pada Rabu mengutus surat ucapan tahniah kepada Howard Lutnick yang dilantik sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) ke-41.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan China berhubung tarif yang dikenakan AS ke atas produk China yang dieksport ke negara itu.
Wang berkata hubungan ekonomi dan perdagangan merupakan komponen penting dalam hubungan China-AS. Justeru China bersedia untuk bekerjasama dengan AS untuk mempertingkatkan dialog, menguruskan perselisihan dan menggalakkan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup aman damai dan kerjasama demi menang-menang.
Pada masa sama Wang turut menegaskan bahawa China tidak berpuas hati dengan tindakan AS yang mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas produk China yang dieksport ke AS dengan alasan fentanyl dan isu-isu lain.
Menurut Wang, China dan AS telah menjalankan kerjasama yang meluas dan mendalam dalam mengawal fentanyl dan telah mencapai hasil yang cemerlang.
Ujarnya tindakan AS yang menambah tarif secara sepihak itu telah menjejaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang normal antara kedua-dua negara.
Justeru China berharap untuk menyelesaikan kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan rundingan yang sama rata.
- Trump Umum Tarif 25 Peratus Bagi Produk Import Keluli dan Aluminium
- Tinjauan CGTN: Responden Bimbang Tarif Tambahan AS akan Jejaskan Ekonomi Dunia
- China akan Failkan Aduan, Bertindak Balas Tarif Tambahan AS
- AS Digesa Betulkan Kesalahan Kena Tarif Tambahan Sepihak
- China Tegas Bela Hak dan Kepentingan Sahnya
- AS Dikecam Perketat Sekatan Eksport Cip
- Sekatan AS Tidak Mampu Halang Kemajuan China: MOC
- Saling Untung Inti Pati Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan: MFA
- China Bantah Keras Akta Kebenaran Pertahanan AS
- Dakwaan "De-risiko" Barulah Risiko Sebenar dalam Rantaian Pembekalan Global