China Keluarkan Pelan Tindakan Tiga Tahun, Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 20 Februari 2025

Foto orang ramai menikmati makan malam bersama-sama di sebuah restoran di Bandar Lanzhou, Provinsi Gansu pada 28 Januari 2025. (Xinhua/Chen Bin)

Foto orang ramai menikmati makan malam bersama-sama di sebuah restoran di Bandar Lanzhou, Provinsi Gansu pada 28 Januari 2025. (Xinhua/Chen Bin)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China telah mengeluarkan pelan tindakan tiga tahun untuk menambah baik persekitaran pengguna domestik, yang juga sebahagian daripada usaha bagi merancakkan lagi penggunaan.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh lima badan kerajaan termasuk Pentadbiran Kawal Selia Pasaran Negara itu, ia menyasarkan untuk menyelesaikan isu-isu utama seperti kualiti bekalan barangan yang tidak memuaskan, pasaran yang tidak teratur, serta kekurangan perlindungan hak pengguna.

Menurut Xinhua, dalam tempoh tiga tahun seterusnya, China akan berusaha untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan dan barangan, menangani punca pertikaian pengguna, dan meningkatkan kemudahan, keselesaan dan kepuasan pengguna, memacu peningkatan yang ketara dalam keseluruhan persekitaran pengguna di seluruh negara.

Difahamkan, pelan itu juga menekankan usaha untuk mencipta senario penggunaan baharu, dengan tumpuan khusus pada bidang seperti penggunaan digital, penggunaan hijau dan penggunaan kesihatan.

Untuk rekod, jualan runcit barangan pengguna di China pada 2024 melonjak sebanyak 3.5 peratus dari tahun ke tahun, sekali gus memperlihatkan potensi penggunaan rancak di negara Tembok Besar itu.

Video

Berita Berkaitan