Import Eksport Wilayah Xizang Melebihi 10 Bilion Yuan Dua Tahun Berturut-turut

(CRI)Khamis 20 Februari 2025

Jumlah import eksport perdagangan luar wilayah Xizang China mencapai RMB12.67 bilion pada tahun 2024, menokok 15.4 peratus tahun ke tahun, menurut jabatan kastam Lhasa baru-baru ini.

Jumlah tersebut melebihi 10 bilion yuan selama dua tahun berturut-turut, sekali gus menunjukkan momentum perkembangan yang kukuh.

Pada masa ini, Xizang telah mencapai liputan penuh perdagangan luar di semua bandar, dan rakan dagangannya melibatkan lebih 140 negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan