- Lain-lain
Sampel Air Tercemar Loji Nuklear Fukushima dalam Pemeriksaan
Pemantauan antarabangsa terhadap air tercemar yang dilepaskan dari loji nuklear Fukushima Daiichi Jepun serta pensampelan dan pemantauan yang dijalankan China akan diteruskan pada masa depan.
China juga akan mengeluarkan hasil dapatan terkini pada masa yang bersesuaian.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Khamis.
Ujarnya pada 19 hingga 21 Februari pakar dari pelbagai negara termasuk China di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah pergi ke Loji Nuklear Fukushima Daiichi dan perairan sekitar untuk mengumpul sampel air tercemar nuklear yang akan dilepaskan dan air laut di sekitarnya, selain turut mengambil sampel biologi marin.
Guo berkata, ini merupakan langkah yang dijanjikan Jepun berkaitan isu pelepasan air tercemar nuklear Fukushima ke laut.
"Penghantaran sampel hidupan marin yang dikumpul saintis China telah tiba di China baru-baru ini. Ujian dan analisis yang teliti sedang dijalankan oleh institut penyelidikan profesional China. Keputusan berkenaan akan diumumkan tepat pada waktunya,” kata Guo lagi.
- Pelepasan Air Sisa Radioaktif Jepun Tindakan Tidak Bertanggungjawab
- Jepun akan Mulakan Pelepasan Air Sisa Radioaktif Fasa Ke-8 pada Rabu
- TEPCO Selesai Fasa Ketujuh Pelepasan Air Radioaktif Fukushima
- Kandungan Sebatian Fluorin dalam Air di Takungan Dekat Pangkalan Tentera AS Melebihi Standard
- Penduduk Jepun Menentang Pembuangan Air Tercemar Nukelar ke Laut
- Semakin Ramai Warga Jepun Bantah Negaranya Buang Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Pelepasan Air Sisa Radioaktif Pusingan Ke-4 TEPCO Selesai
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- Jepun Digesa Henti Buang Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Sisa Radioaktif