Perubatan Tradisional Cina di Henan Berkembang Maju

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 Februari 2025

Pada masa dahulu, kampung Dongping di kaunti Xixia, bandar Nanyang di Provinsi Henan, tengah China merupakan kampung pergunungan yang dikategorikan sebagai miskin.

Namun, kampung itu pada tahun-tahun mutakhir ini telah memperlihatkan kejayaannya untuk melangkah ke jalan kemakmuran susulan daripada pemumpukan herba-herba perubatan dan juga pembangunan pelancongan.

Foto fail memaparkan seorang penduduk kampung memetik buah Kornus officinalis di kampung Dongping, kaunti Xixia, bandar Nanyang, di Provinsi Henan. (People’s Daily Online/Chen Fei)

Foto fail memaparkan seorang penduduk kampung memetik buah Kornus officinalis di kampung Dongping, kaunti Xixia, bandar Nanyang, di Provinsi Henan. (People’s Daily Online/Chen Fei)

Seorang penduduk tempatan, Yang Youqing memiliki sekitar 400 ke 500 pokok Kornus officinalis, dengan setiap batang daripadanya menjana pendapatan purata sebanyak RMB150 (AS$20.67). Setiap tahun, dia boleh menjana sebanyak RMB60,000, dan mampu memperoleh lagi RMB20,000 ke RMB30,000 sekiranya melalukan kerja-kerja sampingan di kawasan pemandangan tempatan.

Menurut Yang, tanaman tersebut bukan sahaja baik dalam kesan perubatan, tetapi juga menghasilkan pemandangan yang cantik apabila ia mengembang dan berbuah.

Ujarnya, dari musim bunga hingga sekitar percutian minggu emas Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober, pelancong akan membanjiri kampung itu. Kini, kampung itu telah mempunyai lebih daripada 100 tempat inap luar bandar, dengan pendapatan per kapita puratanya melebihi RMB40,000.

Lebih menarik, pokok Kornus officinalis bukan sahaja membawa kemakmuran buat kampung Dongping, tetapi juga kepada kaunti Xixia yang telah mempunyai tanaman pokok Kornus officinalis seluas 220,000 mu (146.67 kilometer persegi) dengan hasil buah sebanyak 3,600 tan pada 2024.

Secara tidak langsung, ia juga menyaksikan nilai output yang telah dijana sebanyak RMB190 juta.

Untuk rekod, Henan merupakan provinsi pendahulu dalam herba-herba perubatan Cina, dengan keluasan penanaman 5.7 juta mu dan pengeluaran 2.36 juta tan. Menjelang 2025, kawasan penanaman herba perubatan Cina dijangka mencecah 6 juta mu, dengan anggaran nilai keluaran melebihi RMB60 bilion dalam industri penanaman dan pemprosesan awal.

Pekerja sedang bekerja di bengkel pengeluaran butiran formula di kilang Zhongjing Wanxi Pharmaceutical di kaunti Xixia, bandar Nanyang, di Provinsi Henan. (People’s Daily Online/Cheng Minghui)

Pekerja sedang bekerja di bengkel pengeluaran butiran formula di kilang Zhongjing Wanxi Pharmaceutical di kaunti Xixia, bandar Nanyang, di Provinsi Henan. (People’s Daily Online/Cheng Minghui)

Di Zhongjing Wanxi Pharmaceutical yang terletak di Xixia, buah-buahan Kornus officinalis secara langsung diubah menjadi ubat-ubatan.

Li Zhibin, pengarah bengkel di syarikat itu berkata bahawa barisan pengeluaran automatik sepenuhnya di bengkelnya mampu mengawasi lebih daripada 3,000 titik data dalam masa nyata.

Barisan pengeluaran membolehkan kawalan jauh proses seperti mencuci, merebus, penapisan, kepekatan, pengeringan, granulasi dan pembungkusan.

Dengan sembilan barisan pengeluaran sedemikian, syarikat tersebut berkemampuan untuk menghasilkan sekitar 160 botol ubat tradisional Cina setiap minit, iaitu menjadi jumlah setahun sebanyak 120 juta botol. Manakala, pendapatan tahunan syarikat melebihi RMB10 bilion.

Seorang doktor perubatan tradisional Cina memeriksa denyutan nadi pesakit di pusat TCM di daerah Xixia, bandar Nanyang, di Provinsi Henan. (People’s Daily Online/Cheng Minghui)

Seorang doktor perubatan tradisional Cina memeriksa denyutan nadi pesakit di pusat TCM di daerah Xixia, bandar Nanyang, di Provinsi Henan. (People’s Daily Online/Cheng Minghui)

Pada masa ini, Henan mempunyai sejumlah 189 perusahaan perubatan tradisional Cina, dengan pendapatan melebihi RMB50 bilion. Menjelang 2025, Henan merancang untuk menubuhkan 10 taman industri perubatan tradisional Cina, dan mengusahakan lebih 100 perusahaan perubatan tradisional Cina melebihi saiz yang ditetapkan.

Video

Berita Berkaitan