Kumpulan Pertama Suspek Jenayah Penipuan di Myawaddy Dihantar Pulang ke China

(CRI)Jumaat 21 Februari 2025

Seramai 200 orang suspek warganegara China yang terlibat jenayah penipuan di kawasan Myawaddy, Myanmar telah dihantar pulang melalui Thailand di bawah kawalan pihak berkuasa keselamatan awam China semalam.

Mereka merupakan kumpulan pertama yang dihantar ke negara asal masing-masing berkaitan jenayah penipuan rentas sempadan.

Ini merupakan kejayaan besar hasil kerjasama penguatkuasaan undang-undang antara China, Myanmar dan Thailand, yang menunjukkan keazaman kukuh ketiga-tiga negara ini untuk membanteras jenayah rentas sempadan seperti penipuan telekomunikasi bagi melindungi keselamatan dan kestabilan serantau.

Difahamkan lebih 800 lagi orang suspek warganegara China akan dihantar pulang secara berperingkat.

Selain itu, 10 orang suspek penting yang terlibat dalam kes penipuan dan penculikan warganegara China di luar negara juga telah ditangkap pihak polis Thailand dan dihantar pulang di bawah kawalan pihak berkuasa keselamatan awam China pada 15 Februari lalu.

Video

Berita Berkaitan