Aktiviti Pertanian Rancak di Seluruh China Pada Awal Musim Bunga

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 Februari 2025
Aktiviti Pertanian Rancak di Seluruh China Pada Awal Musim Bunga
Foto sudut udara bertarikh 18 Februari 2025 ini memaparkan penduduk kampung sedang menyemai biji benih jagung dan menyungkup sebuah ladang di Kampung Buying, Kaunti Pengxi, Bandar Suining, di Provinsi Sichuan. (Oleh Liu Changsong)

Tatkala masuknya awal musim bunga, para petani di seluruh China dilihat bertungkus lumus untuk melakukan aktiviti pertanian.

Gambar-gambar dari lensa jurufoto agensi berita Xinhua ini memaparkan pemandangan sekitar awal musim bunga di serata China.

Foto yang diambil menggunakan dron pada 18 Februari 2025 ini menunjukkan petani sedang mengoperasikan mesin jentera pertanian di sebuah tapak penanaman sayur-sayuran di Kaunti Tancheng, Bandar Linyi, Provinsi Shandong. (Oleh Zhang Chunlei)
Para petugas di sebuah tapak penyemaian pembenihan yang terletak di Daerah Zhenhai, Bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang dilihat sedang menguruskan kerja-kerja pembenihan pada 18 Februari 2025. (Oleh Hu Xuejun)
Foto sudut udara bertarikh 18 Februari 2025 ini memaparkan petani sedang mengoperasikan mesin jentera pertanian untuk melakukan pengurusan ladang di Daerah Qiaocheng, Bandar Bozhou, Provinsi Anhui. (Oleh Liu Qinli)
Foto yang diambil menggunakan dron pada 19 Februari 2025 ini menunjukkan petani sedang mengoperasikan mesin jentera pertanian di sebuah ladang tebu di Bandar Laibin, Wilayah Autonomi Zhuang Guanxi di selatan China. (Oleh Zhou Hua)
Seorang petani sedang mengendalikan sebatang pokok ceri di Kampung Gaodu, Kaunti Boxing, Bandar Binzhou di Provinsi Shandong pada 18 Februari 2025. (Oleh Chen Bin)
Seorang penduduk kampung sedang menuai tomato di Daerah Hanting, Bandar Weifang, Provinsi Shandong pada 19 Februari 2025. (Oleh Xu Suhui)
Sekeping foto sudut udara bertarikh 19 Februari 2025 memaparkan petani sedang mengoperasikan mesin jentera pertanian di sebuah ladang di Kaunti Shenxian, Provinsi Shandong, timur China. (Oleh Fan Changguo)

Video

Berita Berkaitan