Memorandum Dasar Pelaburan "AS Pertama" Bersifat Diskriminasi

(CRI)Ahad 23 Februari 2025

China menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk mematuhi peraturan pelaburan dan perdagangan antarabangsa, menghormati hukum ekonomi pasaran, dan berhenti mempolitikkan dan memperalatkan isu ekonomi dan perdagangan. Gerak-geri AS sudah dalam perhatian China yang bersiap sedia mengambil langkah yang diperlukan untuk memelihara hak dan kepentingan negara.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China membuat kenyataan tersebut tentang memorandum dasar pelaburan “AS Pertama” yang disiarkan melalui laman sesawang Rumah Putih pada 21 Februari Waktu Timur, yang mengumumkan akan menyusun semula dasar pelaburannya, terutamanya akan menyekat lagi pelaburan dua hala dengan China.

Jurucakap ini menyatakan bahawa tindakan AS yang bersifat diskriminasi itu membesar-besarkan konsep keselamatan negara, dan sebagai satu contoh tipikal yang tidak berasaskan pasaran, akan menjejaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan normal antara perusahaan kedua-dua negara.

Menurut beliau, AS memperketat pemeriksaan keselamatan terhadap pelaburan dari China, akan membawa dampak besar terhadap keyakinan syarikat China untuk melabur di negaranya. China berharap pelabur domestiknya boleh mendapat layanan perniagaan yang adil, telus, stabil, dan boleh dijangkakan untuk sepanjang pelaburan di AS.

Selain itu, tindakan AS itu juga dilihat mengarut di mata sektor korporat domestiknya. Apabila langkah-langkah yang berkaitan dilaksanakan, ia akan menjadikan pelaburan antara kedua-dua negara terjejas, dan tidak akan memberi apa-apa pun manfaat kepada AS sendiri. 

Video

Berita Berkaitan