Ketibaan Pengembara Sempena Kempen Pengangkutan TBC 9 bilion Orang Lebih

(CRI)Ahad 23 Februari 2025

Kempen pengangkutan bersepadu sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 berakhir pada Sabtu, selepas berlangsung selama 40 hari dari 14 Januari hingga 22 Februari.

Data komprehensif sempena kempen pengangkutan TBC 2025 menyaksikan ketibaan pengembara di seluruh negara ini mencatat 9.03 bilion orang.

Menurut data tersebut, seramai 513.6 juta pengembara menggunakan perkhidmatan pengangkutan kereta api, 8.4 bilion orang menggunakan jalan raya, manakala penumpang kapal menokok 31.15 juta orang, dan penumpang penerbangan awam 90.19 juta.

Video

Berita Berkaitan