Xi, Putin Bual Menerusi Telefon

(CRI)Selasa 25 Februari 2025

China dan Rusia merupakan jiran tetangga yang tidak boleh dijauhkan serta sahabat sejati yang sanggup berkongsi kesulitan, saling menyokong dan maju bersama.

Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada Isnin.

Xi berkata hubungan China-Rusia menikmati daya penggerak dalaman yang kuat serta nilai strategik yang unik, sambil menambah jalinan berkenaan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketiga.

Strategi pembangunan dan dasar luar China dan Rusia adalah untuk jangka panjang, ujar beliau.

Xi menyatakan walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa, hubungan kedua-dua negara akan diteruskan dengan mantap untuk membantu pembangunan satu sama lain serta menyuntik kestabilan dan tenaga positif ke dalam hubungan antarabangsa.

Sementara itu, Putin memperincikan perkembangan terkini kontak antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) serta pendirian Moscow mengenai krisis Ukraine.

Beliau menyatakan Rusia komited untuk menghapuskan punca konflik dan mencapai penyelesaian damai yang mampan dan berkekalan.

Xi turut menambah China gembira melihat Rusia dan pihak terbabit melakukan usaha positif untuk meredakan krisis Ukraine.

Video

Berita Berkaitan