- Lain-lain
Xinjiang Buka Laluan Penerbangan Berjadual Pertama ke Malaysia
Perkhidmatan penerbangan berjadual yang menghubungkan wilayah Xinjiang, China dengan Kuala Lumpur, Malaysia memulakan operasi secara rasmi pada Isnin.
Pembukaan laluan udara baharu itu akan mengurangkan masa perjalanan antara bandar Urumqi dan Kuala Lumpur kepada lapan jam.
Selain menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan kepada pengembara, ia juga berperanan sebagai jambatan bagi memudahkan pertukaran ekonomi dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Dikendali oleh China Southern Airlines menggunakan pesawat Boeing B737-8, perkhidmatan penerbangan itu beroperasi setiap Isnin dan Sabtu di antara Urumqi dan Kuala Lumpur melalui Guangzhou.
Menurut statistik Jabatan Budaya dan Pelancongan Xinjiang, sektor pelancongan inbound di wilayah itu mencatat pertumbuhan pesat dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024 antaranya pengembara dari Malaysia direkod seramai 1.11 juta, meningkat 192.86 peratus tahun ke tahun.
Setakat ini, pelabuhan udara Urumqi telah membuka laluan penerbangan antarabangsa ke 20 buah negara termasuk Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Pakistan, Georgia dan Armenia.
- Xinjiang Buka Penerbangan Antarabangsa ke Malaysia
- Ketibaan Pelancong Rentas Sempadan di Xinjiang Lebih 100 Juta Orang
- Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
- Prestasi Pembangunan Xinjiang Cemerlang
- Pemandangan Tasik Sayram, Xinjiang
- Xinjiang Siap Gali Terowong Lebuh Raya Paling Panjang di Dunia
- Jana Kuasa Tenaga Baharu di Xinjiang Berjumlah 100 Juta Kilowatt
- Lebih 300 Juta Pelancong Lawat Xinjiang pada 2024
- Jumlah Kenderaan Keluar Masuk Pintu Masuk Takesh Ken Baharui Rekod
- Gurun Terbesar China Kini Dikelilingi Lingkaran Hijau Gurun Terbesar China Kini Dikelilingi Lingkaran Hijau