- Lain-lain
China Serah Bantuan Bekalan Perubatan kepada Vanuatu
Majlis serah terima bekalan perubatan China kepada Vanuatu diadakan di Port Vila, ibu negara Vanuatu pada Khamis, dihadiri Duta Besar China ke Vanuatu Li Minggang dan Menteri Kesihatan Vanuatu Tari Quetu.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Li berkata kerjasama antara China dan Vanuatu dalam bidang perubatan bermula pada 1980-an, meliputi penghantaran pasukan perubatan ke Vanuatu, kerjasama dalam pencegahan dan rawatan demam denggi dan lain-lain.
Ujarnya bekalan perubatan yang didermakan kali ini termasuk peralatan terapeutik, pemantauan, anestesia, dan lain-lain, yang memenuhi keperluan sebenar Vanuatu selain akan meningkatkan lagi kemampuan perkhidmatan perubatan dan kesihatan Vanuatu serta memberi manfaat kepada rakyat tempatan.
Sementara itu, Tari Quetu mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan terhadap pembangunan perubatan dan penjagaan kesihatan negara itu dalan jangka panjang.
Beliau juga berkata bahawa perubatan dan penjagaan kesihatan berkait rapat dengan kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Justeru, kerajaan Vanuatu memberi perhatian tinggi terhadap perkara ini dan bersedia untuk berusaha bersama-sama pihak China bagi meningkatkan kerjasama.
- Barang Bantuan Kemanusiaan China kepada Gaza Dihantar dari Jordan
- China Hantar Kumpulan Baharu Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
- Kisah Inspirasi: Doktor China di Barisan Hadapan di Vanuatu
- China Serah 35 Tan Bekalan Bantuan Kecemasan Buat Vanuatu
- China Hantar Empat Pakar Bantu Pembangunan Semula Pasca Gempa Vanuatu
- China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
- Pasukan Pakar Perubatan China Tiba di Vientiane
- Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Lubnan
- China akan Beri Layanan Tarif Sifar kepada Negara Paling Kurang Membangun
- China Sumbang Dana kepada UNRWA, Tingkat Bantuan ke Gaza