- Lain-lain
China, AS Perlu Hidup Bersama Secara Aman
China dan Amerika Syarikat (AS), selaku dua buah kuasa besar, mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk hidup bersama secara aman di planet bumi ini buat jangka panjang.
Duta Besar China ke AS Xie Feng berkata demikian ketika menyampaikan ucapan video pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Duke-UNC China 2025 pada Jumaat.
Beliau berkata nilai dagangan antara China dan AS melebihi USD680 bilion (RM3.03 trilion) pada 2024, sekaligus memperlihatkan kepentingan bersama serta ruang kerjasama yang luas antara kedua-dua negara.
Xie mengingatkan bahawa sebarang percubaan untuk mencantas hubungan dan mengganggu rantaian bekalan akan memberikan tamparan hebat kepada kedua-dua negara, dan perang perdagangan atau perang tarif hanya akan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
Justeru, beliau menggesa kedua-dua pihak supaya menggalas tanggungjawab sebagai kuasa besar, mengekalkan keamanan, pembangunan dan kerjasama, serta menolak hegemonisme, unilateralisme dan proteksionisme.
- Naib Perdana Menteri China, Setiausaha Perbendaharaan AS Bincang Isu Ekonomi
- Wang Yi Ulangi Dasar China terhadap AS
- Han Zheng Bertemu Tokoh Perniagaan AS
- Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon
- China, AS Anjur Mesyuarat ke-7 Kumpulan Kerja Ekonomi di Johannesburg
- Perjanjian China-AS mengenai Kerjasama Sains Teknologi Dilanjutkan
- China Sanggup Komunikasi dengan Jabatan Perdagangan Pentadbiran Baharu AS
- China Laksana Dasar Kawalan Dadah Paling Ketat di Dunia
- Mesyuarat Ke-6 Kumpulan Kewangan China-AS di Washington
- Kumpulan Kerja Ekonomi China, AS Anjur Mesyuarat ke-6