- Lain-lain
Tinjauan CGTN: Mexico Terpaksa oleh AS Kena Tambahan Tarif kepada China
Tinjauan pendapat umum yang dijalankan CGTN secara dalam talian pada mutakhir ini mendapati kebanyakan responden berpendapat bahawa tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa Mexico mengenakan tambahan tarif ke atas import China demi dikecualikan tarif oleh AS akan menjejaskan order perdagangan global.
Menurut keputusan tinjauan yang diikuti netizen global tersebut, sebanyak 70.4% responden berpendapat bahawa Mexico mengenakan tambahan tarif ke atas China adalah disebabkan tekanan tarif dari AS.
Di samping itu, 76 peratus responden dari Mexico percaya bahawa dasar "America First" yang diamalkan pentadbiran baharu AS akan menjejaskan pembangunan ekonomi dunia, manakala 62 peratus responden menganggap dasar kerajaan baharu AS itu sudah pasti akan melemahkan kedudukan pimpinan AS di pentas dunia.
Data-data tersebut diperoleh daripada tinjauan yang dilancarkan CGTN, dan diikuti 6,603 responden dari luar China dalam masa 24 jam.
- AS Batal Konsesi Petroleum dengan Venezuela
- Memorandum Dasar Pelaburan "AS Pertama" Bersifat Diskriminasi
- AS Digesa Tinggalkan Mentaliti Campur-Tolak
- Kenyataan Setiausaha Negara AS Terhadap China, Penuh Provokasi dan Prejudis
- Tinjauan CGTN: Amalan Hegemoni AS Undang Kritikan
- AS Digesa Betulkan Pandangan Salah terhadap China
- Niat AS Canang 'Volt Typhoon' Terpampang Jelas
- China Beri Amaran kepada Pesawat AS Lintas Selat Taiwan
- Tinjauan Pendapat Global: Kutuk AS Langgar Peraturan WTO Sewenang-wenangnya
- Netizen Global Kutuk AS Guna Hegemoni di Sukan Olimpik