- Lain-lain
Megafactory Tesla di Shangai Mula Beroperasi
Foto yang diambil menggunakan dron menunjukkan pemandangan sudut udara Megafactory baharu Tesla yang terletak di Zon Rintis Perdagangan Bebas Lin-gang di China (Shanghai), China. (Foto daripada akaun rasmi WeChat Pejabat Am Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai)
Megafactory baharu Tesla, fasiliti seluas 200,000 meter persegi yang luas di Kawasan Khas Lin-gang Shanghai, mula beroperasi pada 11 Februari 2025, secara tidak langsung memperlihatkan perkembangan penting dalam misi penyimpanan tenaga global pembuat kereta Amerika itu.
Tapak yang bersaiz setara dengan 30 padang bola sepak standard tersebut mewakili hab pengeluaran Megapack tersendiri Tesla yang sulung melangkaui sempadan Amerika Syarikat.
Dengan sasaran pengeluaran tahunan awal sebanyak 10,000 unit selepas peningkatan, kilang itu menggariskan pertaruhan strategiknya pada sektor tenaga boleh diperbaharui China.
Difahamkan, upacara pecah tanah untuk projek itu telah dilakukan pada 23 Mei 2024, dengan pengeluaran besar-besaran dicapai dalam tempoh sembilan bulan selepas pengambilan tanah dan lapan bulan pembinaan–kepantasan, sekali gus menyamai "kelajuan Tesla" yang sebelum ini ditunjukkan oleh Shanghai Gigafactory, yang didirikan dalam tempoh setahun pada 2019.
Lu Yu, ketua jabatan industri berteknologi tinggi dan inovasi di Pentadbiran Kawasan Khas Lin-gang, memuji usaha itu sebagai tanda keyakinan dalam persekitaran perniagaan Lin-gang.
"Kerjasama ini dibina atas keupayaan kami yang terbukti untuk menyegerakkan garis masa korporat dan kerajaan," kata Lu.
Foto menunjukkan bahagian dalam bateri simpanan tenaga Tesla Megapack, peranti storan tenaga elektrokimia yang menggunakan bateri litium, laluan teknikal yang dominan dalam industri storan tenaga jenis baharu. (Foto daripada akaun rasmi WeChat Pejabat Am Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai)
Pihak berkuasa turut mengaitkan garis masa yang dipercepatkan kepada perancangan awal, termasuk pemetaan tugas berbutir untuk pencapaian korporat dan mekanisme sokongan kerajaan.
"Kami beralih daripada perusahaan yang menunggu kelulusan kepada kerajaan yang bersedia terhadap keperluan korporat," tambah Lu.
Pembangunan itu mengukuhkan reputasi Shanghai sebagai hab untuk kecekapan perindustrian.
Semasa pembinaan Megafactory, Lin-gang memperkenalkan "pakej perkhidmatan projek" yang inovatif, termasuk membina jambatan merentas sungai untuk memudahkan kemajuan projek dan pangsapuri pekerja yang menempatkan lebih 2,000 pekerja, memberikan sokongan padu untuk pembangunan projek.
Tegas Lu, hubungan simbiotik antara penyimpanan tenaga dan sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) Shanghai juga sedang berkembang pesat.
"Megafactory memanfaatkan ekosistem rantaian industri NEV Lin-gang yang matang, membolehkan penyetempatan pengeluaran yang pantas, sambil meningkatkan kapasiti dan kestabilan industri yang lebih luas," kata Lu.
Dengan Tesla meningkatkan cita-cita penyimpanan tenaganya secara pesat, rangka kerja industri Lin-gang yang mantap telah meletakkannya sebagai rakan kongsi yang sempurna.
Sinergi ini menggariskan bagaimana penjajaran awam-swasta boleh memangkin projek transformatif, merangka kerjasama sebagai pelan tindakan untuk kecekapan pembuatan berteknologi tinggi.
- AGV Lasak China Pesat Berkembang ke Pasaran Antarabangsa
- 139 Model Kereta Lulus Ujian Pematuhan Keselamatan Data Automobil
- Pelabuhan Yantai Rekodkan 737,000 Penghantaran Kenderaan Komersial Pada 2024
- Jualan Kereta Ikonik China Jenama Hongqi Catat Rekod Baharu pada 2024
- Pembuat Kereta China Terus Melabur Dalam R&D
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
- Persidangan Kenderaan Pintar Keterhubungan Internet Dunia 2024 di Beijing
- Lihat Sepintas Rel Buatan China di Hanoi
- Jenama China Jadi Pendahulu Jualan Kereta di Sepanyol
- China Umum Pelarasan Eksport UAV