Usaha Berterusan Pembukaan China Terokai Peluang Global

Sebuah kereta api kargo China-Eropah berlepas daripada Pangkalan Kerjasama Logistik (Lianyungang) China-Kazakhstan di Lianyungang, Provinsi Jiangsu, timur China pada 6 Februari 2025. (People’s Daily Online/Wang Chun)

Sebuah kereta api kargo China-Eropah berlepas daripada Pangkalan Kerjasama Logistik (Lianyungang) China-Kazakhstan di Lianyungang, Provinsi Jiangsu, timur China pada 6 Februari 2025. (People’s Daily Online/Wang Chun)

China telah mengumumkan pelan tindakan 2025 untuk menstabilkan pelaburan asing, dengan menggariskan 20 inisiatif dasar dalam empat keutamaan strategik iaitu pengembangan pembukaan sukarela secara berfasa, menambah baik kemudahan pelaburan, penambahbaikan terhadap platform ekonomi terbuka fungsian dan pengoptimuman sistem perkhidmatan.

Pemerhati antarabangsa secara amnya menterjemahkan langkah tersebut sebagai usaha China untuk memperkukuh komitmennya dalam pembukaan bertaraf tinggi.

Dasar pembukaan merupakan dasar negara yang utama bagi China, dan dilihat sebagai takrifan kepada pemodenan China. Ia mempelbagaikan laluan dan membuka sempadan baharu terhadap pemodenan China.

Trajektori tersebut dibina dalam usaha pembukaan tentukur selama empat dekad, iaitu daripada zon ekonomi khas pada fasa permulaan pembukaan dan pembaharuan, sehingga zon rintis perdagangan bebas dan Insitiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada masa kini.

Setiap satu keputusan yang dibuat seiring dengan trend ekonomi global dan membentuk model baharu kerjasama global.

Sejak permulaan era baharu, China telah mengejar kepada dasar pembukaan yang lebih proaktif, mendakap pencapaian bersejarah dan transformasi, serta memajukan agenda pembukaan ke bidang yang lebih banyak dan lebih mendalam.

Orang ramai membeli barangan bebas cukai di Komplek Beli-belah Bebas Cukai Antarabangsa Haikou pada 3 Februari 2025. (People’s Daily Online/Su Bikun)

Orang ramai membeli barangan bebas cukai di Komplek Beli-belah Bebas Cukai Antarabangsa Haikou pada 3 Februari 2025. (People’s Daily Online/Su Bikun)

Menurut Indeks Kuasa Lembut Global 2024 yang dikeluarkan Brand Finance iaitu firma perunding Britain, China telah menduduki tangga pertama global buat empat tahun berturut-turut dalam kategori ‘mudah untuk berniaga bersama-sama’ dan ‘potensi pertumbuhan masa depan’.

Menerusi pembukaan yang berterusan, ekonomi China telah disepadukan secara mendalam dalam ekonomi global, sekali gus menjadi enjin pertumbuhan utama terhadap pertumbuhan global.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, China telah menyumbangkan sekitar 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global, secara tidak langsung menjadi pendorong utama bagi pembangunan global.

Menurut kajian yang dilaksanakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi China telah memberikan kesan limpahan yang positif. Sebagai contoh, apabila kadar pertumbuhan China menaik sebanyak 1 mata peratusan, pertumbuhan dalam ekonomi lain turut sama meningkat sebanyak 0.3 mata peratusan secara puratanya.

Usaha strategi China terhadap pembukaan ekonomi bertaraf tinggi adalah mengubah pasaran domestiknya yang besar untuk menjadi pemangkin bagi pertumbuhan global.

Ia dapat dilihat menerusi pengembangan korporat pada mutakhir ini seperti pengoperasian Megafactory Tesla luar negara yang pertama di Shanghai; pembangunan pangkalan penghasilan dan penyelidikan peralatan perubatan termaju di Shenzhen oleh Siemens Healthineers; sementara Yum China pula menyasarkan untuk menambah cawangannya di China kepada 20,000 buah menjeang 2026.

Sejak 1 Disember tahun lalu, China telah melaksanakan sifar tarif untuk 100 peratus barisan tarif kepada semua negara kurang membangun yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China, sekali gus mencetuskan kenaikan sebanyak 18.1 peratus dalam import bagi negara-negara tersebut pada bulan itu.

Rangka kerja dasar ini bukan sahaja menambah baik ketimbalbalikan perdagagan, teptai juga mengintegrasikan pasaran baru muncul kepada rantaian bernilai secara sistematik.

Foto upacara pecah tanah bagi fasiliti penyelidikan dan pembuatan baharu Siemens Healthineers di Shenzhen, Provinsi Guandong, selatan China pada 16 Januari 2025. (Foto ihsan Siemens Healthineeers)

Foto upacara pecah tanah bagi fasiliti penyelidikan dan pembuatan baharu Siemens Healthineers di Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China pada 16 Januari 2025. (Foto ihsan Siemens Healthineeers)

China kini merupakan rakan dagang utama bagi lebih daripada 150 negara dan wilayah di dunia, secara tidak langsung memperkukuh kedudukan sebagai nod penting dalam perdagangan global.

Komitmen China untuk meningkatkan lagi keterbukaan mencerminkan dasar ekonomi konvensional, mencangkupi perkongsian rangka kerja pembangunan, inovasi keinstitusian, dan produk awam transnasional.

Tatkala dunia sedang bergelut dengan fahaman sepihak dan perlindungan yang kian memuncak, China cekal menjadi kuasa penstabil iaitu memperdalam kolaborasi antarabangsa secara sistematik menerusi kemajuan domestik, sambil meneruskan pembaharuan berstruktur untuk mempertahan ekonomi global yang inklusif.

Sementara itu, BRI yang dilihat sebagai produk awam global telah menjadi pemangkin bagi kerjasama ekonomi global yang lebih mendalam serta pertumbuhan salingan, seterusnya dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai ‘model baharu dalam globalisasi ekonomi’.

Dengan berusaha ke arah pembukaan bertaraf tinggi, China bukan sahaja berkongsi hasil kemajuannya sahaja, tetapi juga menggalas tanggungjawab dalam menentukur semula rangka kerja tadbir urus global, sekali gus memajukan usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama manusia.

Video

Berita Berkaitan