Perang Perdagangan AS Hanya Merugikan Diri Sendiri

(CRI)Selasa 11 Mac 2025
Perang Perdagangan AS Hanya Merugikan Diri Sendiri

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Sccot Bessent sebelum ini berulang kali menyatakan, ekonomi China terlalu bergantung kepada eksport dan AS mahukan perdagangan yang adil dan saksama.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan tersebut, jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning pada Isnin berkata, setiap hari merungut "rugi" dan mengejar perdagangan yang sepenuhnya sama rata bertentangan dengan ilmu asas ekonomi, di samping memandang rendah penilaian perusahaan dan pengguna AS.

Mao berkata keadaan semasa perdagangan China-AS adalah hasil daripada tindakan pasaran, dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti struktur ekonomi kedua-dua negara, dasar perdagangan, dan kedudukan mata wang dolar Amerika.

China tidak pernah sengaja mengejar lebihan perdagangan. Malah, pihak AS telah memperoleh keuntungan yang besar daripada perdagangan dua hala.

Mao turut menegaskan bahawa tidak kira bagaimana pihak AS 'menutupnya', ia tidak dapat menyembunyikan niat mereka untuk mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan untuk mengekang dan menindas China.

“Perang perdagangan yang dilancarkan oleh AS terhadap seluruh dunia telah berlangsung selama bertahun-tahun, namun defisit perdagangan mereka tidak berkurangan sebaliknya meningkat, dengan merekodkan USD918.4 bilion (RM4.07 trilion) pada tahun lalu. Sama ada perang tarif atau perang perdagangan, kedua-duanya bermula dengan merugikan orang lain dan berakhir dengan memburukkan diri sendiri. AS sepatutnya mengambil pengajaran dan mengubah pendekatan mereka,” kata Mao lagi.

Video

Berita Berkaitan