- Lain-lain
Lai Ching-te, Perosak Kedamaian dan Pencetus Krisis Selat Taiwan
Lai Ching-te sekali lagi bertindak mengeluarkan kenyataan yang cuba mengganggu gugat kedamaian dan mencetuskan krisis di Selat Taiwan.
Dilaporkan ketika berucap selepas mesyuarat keselamatan peringkat tinggi pada Khamis, Lai Ching-te telah mengeluarkan kenyataan mengenai pemisahan kedua-dua pantai Selat Taiwan, selain turut mendakwa Taiwan adalah negara berdaulat, bebas dan demokratik di samping mempropagandakan mengenai "ancaman dari Tanah Besar".
Menurut jurucakap Pejabat Hal-ehwal Taiwan Dewan Negara China, Chen Binhua pada hari sama, Lai Ching-te "menjual Taiwan" demi kepentingan peribadi.
Bukan itu sahaja, usahanya itu juga dilihat cuba untuk menindas pesaingnya dalam politik, menghasut agenda "anti-China" serta meningkatkan konfrontasi kedua-dua pihak demi mencapai tujuannya untuk "kemerdekaan Taiwan".
Chen Binhua menegaskan bahawa Taiwan adalah sebahagian dari China, tidak pernah dan tidak akan pernah menjadi sebuah negara.
Ujarnya Taiwan adalah milik seluruh rakyat China. Ini adalah fakta sejarah dan undang-undang yang tidak boleh disangkal dan ia merupakan status quo rentas Selat Taiwan yang tidak boleh diubah.
"Apabila kuasa pemisah 'kemerdekaan Taiwan' berani melangkaui garis merah, kami terpaksa mengambil langkah tegas," katanya lagi.
- "Taiwan, Provinsi dari China", Tercatat dalam Dokumen PBB
- AS Digesa Hentikan Tindakan Yang Jejaskan Kedamaian di Selat Taiwan
- China Gesa AS Betulkan Kesalahannya Berhubung Isu Taiwan
- China Menentang Provokasi Kapal Perang Kanada di Selat Taiwan
- China, AS Patut Cari Cara Pergaulan Betul Bagi Era Baharu - Wang Yi
- Plot Pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' Pasti Gagal - MFA
- Lithuania Digesa Bertindak Praktikal Bawa Hubungan dengan China ke Landasan Betul
- China Cela Lawatan 'Transit' Lai Ching-te di AS
- China Bantah Keras Penjualan Senjata AS kepada Taiwan
- Keazaman China Tidak Goyah di Sebalik Gerak-geri Pembelot Taiwan